Hiburan

Parkir punya hal, Mat Salih terp4ksa berterus terang ‘benc1’ kereta Kancil… rekaannya satu peny3ksaan psik0l0gi

SEMEMANGNYA mencari parkir di pusat beli-belah menguji kesabaran, terutama pada hujung minggu, cuti umum mahupun musim perayaan.

Selain perlu berebut tapak parkir dengan pengunjung lain, pemandu juga sering ‘terpedaya’ dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

Perkara itu turut diluahkan oleh seorang ‘Mat Salih’ yang berkongsi pengalamannya, baru-baru ini.

Andrew sering berdepan situasi sama ketika berada di kawasan parkir pusat beli-belah.

Menurut Andrew Martin, insiden tersebut sering berlaku ketika memandu di tempat letak kereta di pusat beli-belah.

“Sudah banyak kali memandu di mencari parkir kosong selama 15 hingga 20 minit di pusat beli-belah seperti One Utama atau Mid Valley.

“Sedang mencari tu, saya akhirnya terjumpa parkir kosong. Saya kemudian memecut ke parkir kosong itu sebelum ia diambil oleh orang lain,” tulisnya menerusi satu hantaran.

Namun kata Andrew, sebaik tiba di parkir kosong itu rupa-rupanya sudah ada kenderaan lain yang diletakkan di tapak berkenaan.

“Hanya bila dah sampai, rupa-rupanya terdapat sebuah kereta Perodua Kancil di tapak parkir, yang sememangnya tidak boleh dilihat dari jauh sehinggalah anda sampai ke tempat tu,” ujarnya.

 

Luahan Andrew di platform LinkedIn.

Luahan Andrew menerusi platform LinkedIn itu menjadi tular di media sosial sehingga mencuit hati netizen.

“Rakyat Malaysia, saya tidak suka mengatakan perkara ini… tetapi saya mula tidak menyukai salah satu kenderaan anda.

“Saya rasa ia memang direka untuk melakukan peny3ksaan psikologi!” tambah Andrew secara berseloroh.

Antara komen-komen netizen.

Keluhan Andrew meraih perhatian dan ramai menyatakan bahawa dia tidak keseorangan berhadapan dengan situasi sama gara-gara kereta Kancil bersaiz kecil.

You are not alone.”

“Bak kata pepatah ‘Parking yang kosong jangan disangka tiada Kancil’.”

Saya rasa ia memang direka untuk melakukan peny3ksaan psikologi!

ANDREW MARTIN

“Banyak kali jadi weh. Harapan palsu betul.”

“Itu la pagi tadi pun kena scam dengan Kancil masa nak cari parking depan pasar raya.”

“Jadilah bijak seperti Kancil,” demikian antara komen-komen netizen.

Kereta Kancil diletakkan ke depan untuk mudah dilihat pemandu lain.

Lebih melucukan apabila pemilik kereta Kancil turut berkongsi pengalaman meletakkan kenderaan mereka sendiri di parkir.

“Saya yang pakai kancil pun tak nampak kereta sendiri.”

“Sebab tu bapa saya selalu keluarkan sikit ‘buntut’ Kancil tu waktu parkir untuk mudahkan orang lain nampak ada kereta pada ruangan tu. Bersikap ihsan pada semua amatlah mudah,” kata netizen.

Jika kereta Myvi sering dilabel ‘King of The Road‘ (Raja di Jalan Raya), Kancil pula dikatakan netizen sebagai ‘King of Parking‘ (Raja di Tempat Parkir).

Sumber: mStar

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.