Global

Anak Tanya Mana Bapa, Rihana Oksana Terp4ksa Tunjuk Malaysia Dalam Peta – ‘Dia Jauh, Tak Boleh Datang’

Sempena Hari Bapa, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihana Oksana Petra memberitahu dia menerima soalan yang paling tidak terduga daripada anaknya iaitu Ismail Leon. Menurut Rihana, semuanya bermula apabila sekolah anaknya mengadakan sambutan Hari Bapa.

Mana bapa?

Ujar Rihana, seluruh masyarakat di United Kingdom menyambut Hari Bapa semalam. Berikutan daripada itu, Leon dan kanak-kanak lain diminta untuk menyediakan hadiah buat bapa mereka. Memandangkan Rihana menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Leon, dia turut menerima hadiah tersebut. Selain menerima hadiah, Rihana turut menerima soalan yang paling sukar untuk dijawab. Jelas Rihana, Leon mula bertanya dimanakah bapanya selama ini. Sebagai ibu tunggal, Rihana merasakan soalan tersebut sangat sukar untuk dijawab.

Saya cuba lari untuk menjawab soalan tersebut. Saya cuba berfikir nak bagi jawapan yang seimbang kepada Leon. Ini kerana, dia seorang sahaja kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa di sekolah tersebut.

Tidak mahu melihat Leon bersedih, Rihana menunjukkan sebuah peta kepada anaknya. Menerusi peta tersebut, Rihana menunjukkan jarak di antara London dengan Malaysia.

Saya beritahu bapa dia tinggal jauh di Malaysia. Bapa dia tak boleh datang.

Kenapa bapa tidak telefon?

Perbualan di antara ibu dan anak tidak berakhir di situ. Leon mula menyoal soalan seterusnya iaitu kenapa bapanya tidak menghubungi selama ini.

Untuk soalan ini, saya terpaksa memberitahu Leon bahawa di Malaysia tidak mempunyai capaian 5G. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh berhubung di antara satu sama lain. Kalau korang nak tahu, Leon tahu apa itu 5G.

Tambah Rihana, perbualan tersebut ada sedikit kebenaran kerana sebelum dia bercerai dengan bekas suami, mereka ada berbincang mengenai rangkaian 5G di Malaysia. Di akhir posting, Rihana menjelaskan kepada pengikutnya bahawa seorang anak perlu berkomunikasi dengan bapanya walau apa jua sekalipun demi kebaikan.

Sumber: Rihana

Kredit: Ohbulan

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.