Hiburan

(Video) “Nak jumpa anak saya dulu” – Rindu Sharnaaz Ahmad terhadap Jebat Jayden terubat

Kuala Lumpur: Sebaik dibebaskan dengan jaminan polis hari ini atas dakwaan memukvl dan menend4ng penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini, pelakon Sharnaaz Ahmad terus berjumpa dengan anaknya, Jebat Jayden bagi melepaskan rindu.

Sharnaaz ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, berkata, dia sangat merindui anak tunggalnya itu dan menyifatkan isu yang berlaku sebagai satu dugaan.

“Nak jumpa anak saya dulu. Rindu yang tiada penghujungnya. Tak apa, ini dugaan untuk saya tapi kebenaran akan terjawab. Insya-Allah,” katanya sambil menuju ke sebuah kereta di luar IPD berkenaan.

Kemudian, Sharnaaz memuat naik video di Instagram dia berpelukan dan mencium Jebat berulang kali. Malah, Jebat juga seakan merindui bapanya apabila tidak melepaskan Sharnaaz dari pelukan.

“Saya okey Insya-Allah. Baba sangat cintakan kamu,” tulisnya ringkas.

Dalam tempoh dua jam video terbabit sudah ditonton lebih 330,000 kali di Instagram dan dengan 803 komen netizen serta selebriti yang terus memberikan sokongan kepada pelakon itu.

 

 

‘Tiada unsur panas baran, saya hanya buat apa yang perlu’ – Sharnaaz Ahmad

Kuala Lumpur: “Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya,” kata pelakon, Sharnaaz Ahmad, 36, yang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini atas dakwaan memukvl dan menend4ng seorang penghuni di kondominium di Segambut, di sini, Khamis lalu.

Sharnaaz ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, mengakui panas baran adalah sinonim dengannya.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.

“Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis. Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat,” katanya.

Sharnaaz berkata, dia juga akan membuktikan kepada mahkamah bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes yang berlaku.

“Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Insya- Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan. Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjen4yah,” katanya yang turut memaklumkan mahu berjumpa dengan anaknya dulu, Jebat Jayden.

 

Sumber: HM

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.