Hiburan

“Saya sendiri yang suruh Scha panggil ‘b’ atau ‘baby’…” – “Scha Elinnea panggil Hisyam Hamid ‘baby’ di set penggambaran. Ini sebabnya

KESERASIAN lakonan pelakon Hisyam Hamid dengan Scha Elinnea dalam drama siri popular berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat perhatian penonton.

Menurut Hisyam yang memainkan watak sebagai Farel, dia sendiri yang meminta Scha untuk memanggilnya dengan panggilan ‘baby’ atau ‘b’ ketika berada di set penggambaran.

Panggilan itu tidak digunakan di luar set, pelakon berusia 37 tahun itu menjelaskan ia bertujuan untuk mewujudkan keserasian mereka untuk membawa watak sebagai suami isteri.

Penonton suka keserasian Hisyam dań Scha.

“Saya sendiri yang suruh Scha panggil ‘b’ atau ‘baby’ ketika di set penggambaran. Sebab nak wujudkan keserasian, supaya bila penonton tengok, nampak natural panggilan itu.

“Tapi panggilan itu bukan la sebab i nak menggatal dengan dia. Kami memang rapat di set, dah selalu berkongsi masalah… tapi semua itu bertujuan untuk dapatkan keserasian.

“Lagipun isteri saya pun tahu perkara itu. Cuma bila di luar set, tak ada la Scha nak panggil saya dengan panggilan tersebut,” kata Hisyam kepada mStar.

Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okay, kita buat la.

HISYAM HAMID

PELAKON

Hisyam ditemui ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Drama lakonan Hisyam dan Scha turut dibintangi oleh Silfeny Osman, Wanns Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan serta ramai lagi.

Dalam pada itu, Hisyam turut menjelaskan mengenai babak-babak aksi mesra dengan Scha yang dianggap tidak keterlaluan.

Hisyam dan Scha pertama kali digandingkan.

“Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okay, kita buat la. Tapi kalau babak yang keterlaluan itu sudah tentu saya tidak akan lakukan.

“Bergantung juga kepada pengarah yang mana babak sesuai atau tidak. Sebab saya tahu, babak mesra itu sensitif, mungkin ada penonton suka dan benci.

“Saya akan lakonkan babak ikut kesesuaian. Macam mana pun, tetap ada juga batasan, tak boleh keterlaluan,” ujarnya.

Sumber: mStar

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.