Hiburan

“Rezeki Ada Di Mana-Mana” – Sajat Tak Sangka Berjaya Beli Rumah Di Sydney Dengan Harga Lebih…

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dan selebriti kontroversi, Sajat mendedahkan berjaya memiliki sebuah rumah berharga RM1.5 juta di Sydney, Australia.

Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzaman yang kini bermastautin di negara itu menerusi media sosial berkata, rumah itu dimiliki selepas enam bulan dia memulakan perniagaan di Australia.

Alhamdulillah, saya tak sangka kini sudah memiliki rumah di Sydney dengan harga AUS500,000 (kira-kira RM1.5 juta). Semestinya saya sangat gembira kerana dalam tempoh enam bulan saja memulakan perniagaan di sini dan berdepan dengan masalah cukai dan sebagainya akhirnya berjaya mengumpul aset di sini.

“Terima kasih banyak saya ucapkan kepada ejen hartanah, broker, peguam dan akauntan saya yang banyak membantu melancarkan proses pembelian rumah ini. Ini adalah permulaan baru kehidupan saya memandangkan saya juga semakin aktif mengendalikan perniagaan di Australia,” katanya.

Sajat berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan fokus kepada perkara yang bakal mendatang.

 

“Jika kita yakin dan fokus apa kita buat, pasti kita akan maju ke hadapan. Selepas apa terjadi pada saya tahun lalu, saya untuk memandang ke hadapan saja. Saya sudah ‘move on’.

“Rezeki ada di mana mana. Kalau kita yakin dengan perniagaan kita buat, pasti kebaikan dan ganjaran kita akan dapat,” katanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya memberi maklum balas positif atas kejayaan pemilikan rumah di luar negara.

Malah, rakan baiknya iaitu Datuk Aliff Syukri turut berbangga dengan pencapaian Sajat.

Sumber: HM

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.