Hiburan

Selepas kecoh isu Syamsul bakal berkahwin lagi, ini respon Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Ibarat telur di hujung tanduk, begitulah situasi bahtera rumah tangga pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, 37, dan suaminya, Syamsul Yusof, 38, ketika ini.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul memasuki episod baharu apabila pengarah tersohor itu dilaporkan bakal melamar gadis yang juga anak kepada pelakon veteran, didakwa orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga mereka.

Diminta mengulas spekulasi Syamsul bakal menduakannya, Puteri Sarah enggan ambil peduli.

Saya tak nak fikir apa-apa. Rasanya tak perlu saya ulas mengenai isu ini.

“Hati saya tenang-tenang sahaja sekembali mengerjakan umrah, bulan lalu. Memang saya melalui pergolakan rumah tangga sejak empat tahun lalu, namun, Allah lebih tahu.

“Buat masa sekarang, keutamaan saya adalah anak-anak. Sekarang, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, sedang sakit,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Puteri Sarah berkata, Syaikhul terpaksa dimasukkan ke hospital akibat demam panas yang teruk, manakala, Sumayyah yang mendapat jangkitan abangnya tidak dapat ditempatkan di hospital kerana katil penuh.

“Saya kasihan melihat Syaikhul yang kini hanya terlantar. Bibirnya kering, pecah dan berdarah hingga perlu bernafas mengikut mulut. Sumayyah pula dalam pemantauan doktor.

Kisah Syamsul nak kahwin lagi, biarlah… Saya tak kuasa ambil kisah,” katanya ringkas.

Ketika ini, bayangan Syamsul terus ‘lesap’ daripada pandangan mata selepas spekulasi bakal ‘berkahwin dua’ menjadi berita sensasi.

Malangnya, kekecohan timbul ketika Syamsul bakal muncul dengan filem epik pertama arahannya berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang bakal menjengah pawagam pada 23 Jun ini.

Tentunya kehadiran Syamsul pada majlis pratonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC, The Starling Damansara, malam kelmarin, dinantikan ramai.

Isu kahwin dua jadi kian hangat apabila Yusof dan isterinya, Patimah membuka mulut, seolah-olah tidak merestui hubungan Syamsul dengan anak kepada pelakon veteran itu.

Bukan sahaja teruja menonton filem epik hasil sentuhan Syamsul yang diyakini hebat, malah, ramai juga mahu mendengar pengakuan ‘gentleman’ sejauh manakah kebenaran bakal melamar seorang gadis yang juga anak kepada pelakon veteran sebagai isteri kedua.

Namun, seperti yang dijangka, kelibat Syamsul langsung tidak kelihatan pada majlis yang bakal mencatat sejarah dalam kerjayanya itu.

Sumber mendakwa, Syamsul terpaksa membatalkan hasratnya hadir ke majlis pratonton kerana bimbang diserbu wartawan selepas spekulasi bakal berkahwin lagi menjadi kecoh.

 Isu kahwin dua jadi kian hangat apabila bapanya, Datuk Yusof Haslam dan ibunya, Datin Patimah Ismail membuka mulut, seolah-olah tidak merestui hubungan Syamsul dengan gadis yang pernah mencetuskan beberapa kontroversi itu.

Sementara itu, Yusof enggan campur tangan berhubung spekulasi Syamsul yang didakwa bakal berkahwin lagi.

Yusof kasihan dan bimbang kerana berita itu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.

“Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan menantu saya jika cerita ini diperkatakan.

“Saya harap semua faham,” katanya.

Sebelum itu, mengikut laporan sebuah portal, Yusof mengakui terkejut dengan spekulasi tersebar dan berharap ia tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu mengenai hal ini dan terkejut mendengar cerita. Jadi, saya malas hendak komen lanjut.

“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen.

“Tetapi, saya harap ia tidak akan terjadi,” katanya.

Puteri Sarah lebih risaukan keadaan anak-anaknya yang kini dirawat di sebuah hospital swasta selepas mengalami demam berpanjangan.

Patimah pula memohon semua pihak tidak terus mempercayai spekulasi Syamsul bakal berkahwin dalam waktu terdekat.

“Berita belum sahih, jangan diuar-uarkan.

“Syamsul berdiam diri kerana tidak mahu memburukkan keadaan,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Patimah turut memberi peringatan kepada gadis berkenaan agar menghentikan tindakan berbaur ugutan melalui video palsu.

“Saya nak beritahu keluarga ‘sebelah sana’, jangan ugut anak saya kahwin dengan video palsu.

“Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” katanya.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila sebuah blog hiburan melaporkan seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada pelakon drama veteran.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, pengarah terbabit dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentua bagi membincangkan hasratnya.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: BH

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.