Hiburan

Pelakon senior berkumpul di kedai mamak, “Bang jaga2 diorang tu Polis”

Lihat sahaja wajah-wajah pelakon senior ini, tentu ramai yang menggamit memori tentang sebuah drama bersiri popular berjudul Gerak Khas yang sehingga kini selepas bertahun-tahun masih sahaja diingati penonton.

Mana tidaknya, drama bersiri televisyen kepolisan Malaysia terbitan oleh Skop Productions yang memaparkan mengenai pekerjaan Polis membuatkan penonton cukup suka menontonnya setiap episod.

Meskipun mula bersiaran sekitar tahun 1999, namun drama bersiri Gerak Khas masih sahaja segar diingatan peminat setia.

Walau bagaimanapun, satu rakaman video yang tular ini pula membuatkan ramai begitu teruja apabila dapat melihat pelakon senior yang juga terlibat dalam drama bersiri Gerak Khas itu lepak di sebuah kedai mamak sehinggakan rakaman yang tular ini dengan pantas masuk ke ruangan fyp atau for your page di aplikasi TikTok disamping meraih ribuan tanda suka.

Video:

@aizulzzamree4

Yang kenal je kenal otai otai ni. Semoga mereka sentiasa sihat. #boikotindia #bangkitmelayu #matkilau#bangkitpahlawan

DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

Perkongsian Aizulazzamree4 di aplikasi tersebut bagaimanapun dihujani dengan seloroh peminat selepas dapat melihat pelakon-pelakon hebat tersebut berkumpul bersama.

“Wah Sarjan Misai pun join sekali”

“Hati-hati bang diorang tengah undercover tu, ada misi yang perlu diselesaikan”

“Tengah ada misi berlakon jadi orang biasa tu. Jangan kantoikan haha”

“Best tengok orang orang macam ni lepak mamak, terasa macam kita suatu hari nanti”

Sumber: HCL

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Attachment.png

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.