Hiburan

“Arwh minta saya mengecilkan baju yang ditempah- Ezuwan Ismail beritahu muka arwh pucat dan rambut mula gugur

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen dan penyanyi, Ezuwan Ismail tak menyangka ajakan Allahyarham Adibah Noor ke rumahnya di Pandan Indah menjadi pertemuan terakhir, minggu lalu.

Ezuwan terkejut mendapat berita pemergian arwh Adibah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat penyakit k4nser ovari tahap empat, jam 7.30 malam ini.

Katanya, dia tak menyangka pertemuan, minggu lalu menjadi momen terakhir.

“Arwh minta saya mengecilkan baju yang ditempah. Sebelum ini, arwh menempah tiga pasang baju, namun, tidak muat selepas berat badannya turun sebanyak 18 kilogram.

“Ketika itu, barulah arwh buka mulut bercerita mengenai penderitaan dialami apabila menghidap penyak1t k4nser ovari.

“Doktor mengesahkan kesak1tan dialami selama ini akibat peny4kit k4nser ovari, dua hari sebelum Ramadan.

“Jadi, saya perlu mengecilkan baju yang ditempah ketika Ramadan lalu,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ezuwan yang juga anggota kumpulan trio E1 berkata, arwh memaklumkan, rambutnya mula gugur akibat rawatan kimoterapi.

“Arwh terpaksa memakai rambut palsu apabila mencari rezeki.

“Saya sempat memberi semangat kepada arwh pada pertemuan terakhir ini.

“Cuma, saya tak sampai hati mahu mengabadikan gambar bersamanya. Wajah arwh pucat apabila berat berat menyusut.

“Saya juga ada bertanya kenapa tidak berkongsi pender1taan dengan khalayak dan rakan media, namun, arwh memberitahu belum ada kekuatan,” katanya.

Arwh buka mulut bercerita penderitaan dialami apabila mengh1dap peny4kit k4nser ovari kepada Ezuwan, minggu lalu.

Ezuwan berkata, dia dan arwh tidak selalu bertemu selama lebih 10 tahun bekerjasama dalam menyediakan busana untuknya.

“Kami tak selalu jumpa, banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit atau mesej sahaja.

“Kali pertama kami bertemu di sebuah acara fesyen pada 2011. Kali kedua pula minggu lalu yang menjadi detik terakhir pertemuan kami.

“Kerjasama selama itu berdasarkan kepercayaan kerana ukuran badannya tak banyak berubah. Paling kurang, arwh akan minta besarkan baju lebih seinci.

“Hingga saat ini, hampir 1,000 baju pernah ditempah arwh. Beliau juga jenis menolak tajaan, sebaliknya suka menyokong bisnes rakan.

“Sedih juga sepanjang bekerjasama kami tiada gambar bersama,” kata Ezuwan.

Dalam tempoh bekerjasama, katanya, hubungan baik pernah terhenti seketika.

“Ada suatu ketika, arwh nak tempah baju, tetapi saya tak dapat memenuhinya kerana terlalu sibuk dengan komitmen lain.

“Selama ini, memang ada permintaan arwh pada saat akhir, tetapi saya sempat memenuhinya.

“Jadi, arwh mula guna khidmat pereka fesyen lain. Namun, arwh kembali kepada saya tidak lama kemudian.

“Merajuk arwh tak lama. Saya minta maaf kepadanya kerana bukan sengaja berbuat sedemikian.

“Arwh terus sokong khidmat dan kepakaran saya. Apabila selesa dan diberi kepercayaan penuh, sampai satu tahap saya bimbang mengulang rekaan baju untuknya,” katanya.

Mengenang persahabatan mereka, Ezuwan teringat kata-kata seseorang teman. Betapa untung pereka fesyen jika Adibah mempercayai khidmat dan kepakaran.

“Masin mulut teman saya ini. Jodoh saya dengan arwb memang kuat. Bukan mahu membodek arwh sebab guna khidmat saya, tetapi ada yang beranggapan, arwh diva dan cerewet.

“Namun bekerjasama, arwh sangat ‘sempoi’ dan tidak seperti digambarkan. Barangkali, bukan mudah untuk mereka ‘bertubuh gebu’ mendapat pakaian sesuai,” katanya.

Jen4zah arwh Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar, 52, masih berada di hospital dan akan dibawa ke AU1, Taman Keramat Permai.

Sumber: BH

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.