Hiburan

“Walau sanggul dia buat sebesar planet, janji happy” – Anas Zahrin

VIDEO memperlihatkan anak pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana memakai tudung dengan sanggul tinggi yang dikongsikan oleh usahawan kosmetik Anas Zahrin di TikTok menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian itu, Anas memberitahu Aaisyah lebih suka menyiapkan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain dan akan marah jika ada yang menyentuh tudungnya.

 

Video 1:

@anaszahrin

Anak Che Ta Aaisyah ni bijak betul dia, semua sendiri pakai. Tudung semua, Inai Che Ta tu pun dia top up sendiri weh 😍 #InaiCheTa

original sound – masterg530 – masterg530

Malah kanak-kanak tersebut enggan membenarkan sesiapa untuk menyentuh tudung yang dipakainya tersebut meskipun mungkin kelihatan tidak begitu kemas. Dalam satu rakaman lain pula, Aaisyah dilihat begitu asyik memakai makeup seperti seorang yang sudah profesional.

Video 2:

@anaszahrin

Anak Che Ta Aaisyah, mana tak tumpah kuah…tengok sampai habis muka dia lepas kantoi top up lipstick 😂 #InaiCheTa

Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal

@anaszahrin

begitulah kehidupan..tu hah dia tengah jalan dengan pak dia..

Ya Allah – Wali

 

“Biarpun terbalik ke apa ke, biar dia betulkan sendiri. Biarlah ada cakap macam mak cik tomyam versi anak mat salleh la… bukan biasa-biasa, anak Che Ta,” kata Anas.

Anas berkongsi video itu bagi mempromosikan koleksi tudung hari raya Aidiladha Che Ta kolaborasi dengan jenama fesyen Ashh & Annas.

Video memperlihatkan Aaisyah berjalan bersama bapanya, Zain Saidin.

Biarpun rata-rata netizen memuji penampilan Aaisyah memakai tudung, namun terdapat segelintir mereka juga menegur sanggul yang digayakan anak Che Ta itu terlalu tinggi.

“Tak apa kalau dia nak pakai sendiri semua. Bagus dah berdikari. Tapi bab sanggul tu, perlu tegur dia baik-baik supaya rendahkan sedikit lagi comel.

Walau sanggul dia buat sebesar planet, janji happy.

ANAS ZAHRIN

USAHAWAN KOSMETIK

“Dia tak bagi sentuh tak apa, tapi kita perlu tegur benda yang tak boleh buat, ‘Aaisyah sayang sanggul tu tak boleh tinggi, nanti jadi unta.

“Sanggul tinggi tak elok, tapi Aaisyah masih budak. Semoga menjadi anak yang soleh,” komen beberapa netizen.

Menerusi ruang komen tersebut, Anas berkata dia bimbang Aaisyah akan menangis sekiranya seseorang menyentuh tudungnya.

Bagaimanapun, Anas menjelaskan biarpun sanggul yang digayakan itu terlalu besar namun anak kesayangan Che Ta itu gembira dengan menggayakan imej tersebut.

Foto Che Ta bersama suami dan anak-anak.

“Dari kejap lagi dia menangis orang sentuh tudung dia, baiklah dia sendiri betulkan. Dia gembira begitu. Walau sanggul dia buat sebesar planet, janji happy,” tulis Anas.

Untuk rekod, Che Ta berkahwn dengan aktor Zain Saidin pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia sembilan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24.

 

Sumber : mStar

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.