Hiburan

“Saya tidak tahu apakah permainan dia” – Ellie Suryati bimbang Azri Iskandar kena ‘l0ve scam’, cabar Dr Azra munculkan diri jika benar wujud

MERAGUI kewujudan individu bernama Dr Azra yang dikatakan kekasih kepada bekas suaminya Azri Iskandar, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty memohon wanita tersebut untuk munculkan diri.

Menurut Ellie, 52, sehingga kini identiti sebenar wanita itu masih belum dikenalpasti dan tidak menjumpai sebarang maklumat terperinci menerusi carian di internet.

Tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi, namun Ellie bimbang ia sekadar permainan.

Ellie dan Azri bercerai selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

“Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya?

“Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok,” katanya kepada mStar.

Azri, 54, mendedahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan perkenalan mereka bermula selepas 12 hari berpisah dengan Ellie pada 17 Mei lalu.

Dalam masa sama muncul pula wanita yang mahu dikenali dengan gelaran F mendakwa Azri pernah mengajak dia berkahwin.

Simpati dengan nasib yang menimpa Azri, Ellie berharap mana-mana wanita yang mahu berkahwin dengan bekas suaminya itu supaya bersikap jujur.

Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok

ELLIE SURIATY

PELAKON/PENGARAH

“Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia.

“Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama,” ujarnya.

Ellie ditemui ketika majlis tayangan filem berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Wanita bernama F tiba-tiba muncul dakwa ada hubungan dengan Azri.

Bercakap tentang filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 23 Jun ini, Ellie sendiri memuji hasil kerja pengarahnya iaitu Syamsul Yusof dan dia tidak berfikir panjang apabila diberi tawaran berlakon.

“Saya tak fikir panjang apabila menerima tawaran dan berbesar hari apabila dihubungi untuk terlibat berlakon. Ini adalah satu filem yang penting.

“Saya suka bekerjasama dengan Syamsul dan kita dapat melihat satu sisi berbeza dalam dirinya,” jelasnya.

 

Sumber : mStar

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.