Hiburan

“Rasmilah Saya Sebagai Tok Mama”- Syukur, Normala Samsudin Dah Timang Cucu Pertama!

Bekas personaliti televisyen, Puan Seri Normala Samsudin berkongsi berita gembira apabila anak perempuannya, Ruhila Roslan menimang cahaya mata pertama

Bekas personaliti televisyen, Puan Seri Normala Samsudin berkongsi berita gembira apabila anak perempuannya, Ruhila Roslan menimang cahaya mata pertama.

Perkara itu dikongsi Normala menerusi akaun Instagram miliknya pagi ini buat tatapan umum.

Bersyukur

 

Normala meluahkan rasa syukur selain mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kelancaran proses bersalin anaknya itu.

“Alhamdulillah, sujud syukur atas segala-galanya Ya Allah. Terima kasih atas doa-doa kalian. Ruhila selamat melahirkan baby boy, dan rasmilah saya sebagai Tok Mama,” kongsi nenek jelita itu.

Via Instagram – Normala Samsudin

Entri tersebut turut memaparkan beberapa keping foto Ruhila dan suaminya di wad bersalin sebuah hospital.

Wargamaya Tumpang Gembira

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Normala seisi keluarga.

Imbas kembali, Ruhila dan suaminya Majid Nazli selamat diijabkabul dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari 2021.

Sumber: murai.my

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.