Hiburan

Dapat Gelaran `Gurkha` Tapi Tak Dapat Gelaran Datuk, Ini Rupanya Sebab Arwh Dapat Gelaran Nama `Hamid Gurkha` Yang Ramai Tak Tahu

GAYANYA bersahaja dalam menuturkan kata-kata, namun setiap kali berbicara pasti tercuit hati orang mendengarnya. Itulah kelebihan seniman bernama Hamid Gurkha sepanjang 60 tahun bergelar pelakon dan pelawak tanah air.

Sebut sahaja nama Hamid Gurkha, boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia yang meminati drama dan filem sekitar tahun 1980-an dan 1990-an mengenali lelaki ini.

Di sebalik perwatakannya yang lucu, siapa sangka Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman pernah menjadi anggota tentera suatu ketika dahulu.

Menelusuri sejenak pengalamannya sebagai anggota tentera, katanya, beliau menyertai pasukan tentera sekitar tahun 1950-an.

“Waktu itu di pekan, saya lihat ramai orang berkumpul, jadi saya pun pergilah. Rupanya ada tawaran untuk sesiapa yang nak jadi askar.

“Saya disapa oleh seorang pegawai tentera berpangkat sarjan, dia tanya saya nak jadi askar tak? Memandangkan saya tak kerja, saya pun kata memang saya nak, jadi alhamdulillah saya dapat jadi seorang askar Melayu,” katanya kepada Sinar Ahad baru-baru ini.

Tujuh tahun berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja memberikan banyak pengalaman kepada dirinya.

“Sebenarnya nama saya orang panggil Hamid saja. Masa saya masuk askar, ada satu kejadian yang menyebabkan perkataan Gurkha lekat pada nama saya sampai hari ini.

GELARAN GURKHA

Gelaran Gurkha pada hujung namanya mempunyai kisah yang tersendiri dan amat istimewa buat diri beliau. Pak Hamid turut berkongsi bagaimana nama tersebut melekat hingga ke hari ini.

“Ketika mula-mula baru masuk dalam tentera, saya berkawad bersama rakan-rakan lain seramai 40 orang yang mewakili satu platun. Seorang askar berpangkat Sarjan iaitu Sarjan Jantan dari Melaka ditugaskan melatih kami.

Setiap arahan kawad semuanya dalam bahasa Inggeris yang pada awalnya sukar untuk difahami menyebabkan saya sering melakukan kesalahan. Wajah saya pula ketika itu agak mirip askar-askar Gurkha dari Nepal.

Sarjan Jantan menyuruh kami mengangkat tangan untuk perkenalkan diri masing-masing. Tiba giliran saya, Sarjan Jantan terus berkata ‘Haa engkau la si Gurkha tu selalu buat salah!”, cerita beliau.

Menurut Pak Hamid, apabila kembali ke berek, rakan-rakan beliau sudah tidak memanggilnya dengan nama Hamid sebaliknya memanggil gelaran Gurkha.

Bertitik tolak daripada insiden itulah nama atau gelaran Gurkha menjadi sebahagian daripada diri Pak Hamid, dalam jatuh dan bangun dirinya dalam dunia anak seni sehingga kini.

SEJARAH HIDUP

Sememangya sejarah dan kehidupan seharian Pak Hamid tidak pernah lekang. Ada sahaja nasihat atau butir percakapannya akan dikaitkan dengan sejarah ketika zaman penjajahan dahulu.

Contohnya apabila bercakap soal kesetiaan negara, beliau menceritakan bagaimana sikap anak muda ketika itu yang sangat taat serta patuh dengan arahan daripada raja, ibu bapa serta tuan guru yang memberi ilmu kepada mereka.

Berbanding dengan anak muda sekarang, di mana sikap akur itu sendiri semakin terhapus dek kerana arus pemodenan yang sedikit sebanyak telah mengabaikan asuhan adab sopan daripada nenek moyang dahulu, kata beliau.

“Daun-daun pun dia orang tak kenal, daun kunyit, daun serai, daun pandan, daun pisang… semua tak kenal. Dulu orang Melayu ni nak hidup masa Jepun datang mesti ada ubi, keledek dan pisang untuk teruskan hidup.

Kain baju pun dulu susah nak dapat. Kalau seluar koyak tampal, koyak lagi tampal balik sampai tebal macam kusyen. Benang pun dulu ambil dari daun pokok nenas Sarawak,” ceritanya lagi.

PERJALANAN SENI

Pak Hamid pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982 kerana kesungguhan beliau dalam bidang seni.

Beliau mengakui bahawa bakat yang dimiliki adalah hasil usaha dan takdir buat dirinya kerana susur galur darah seni langsung tidak diwarisi daripada kedua ibubapanya.

Antara filem-filem yang pernah dijayakan adalah Gila-Gila pada 1979, Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombie Kampung Pisang dan terbaharu, Alamak Toyol.

Pak Hamid bakal berkongsi pengalaman beliau sebagai anak seni bergandingan dengan Datuk Jamali Syadat dalam program Sebutir Bintang Di Taman Seni anjuran Yayasan Artis 1 Malaysia pada 21 Mac ini bertempat di Mini Auditorium, Matic, Jalan Ampang.

Program ini diadakan untuk mengimbau serta mengenang kembali sumbangan artis-artis yang satu ketika dahulu pernah mengharumkan industri hiburan tempatan dengan penglibatan pelajar-pelajar pelbagai institusi pendidikan negara.

Sumber Bernama/RJ

kredit: Khabar24media.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.