Hiburan

“Btw, I love ur movie please slide to left.” – 42 tahun penantian, Hairul ucap terima kasih. Siap disamakan dengan pelakon Squid Game?

Tentu sahaja penyokong Malaysia sangat gembira yang mana kemenangan keatas pasukan bola sepak Bangladesh dari skuad Harimau Malaya dengan 4-1 dalam pusingan kelayakan Piasa Asia 2023 pada malam tadi.

Perlawanan ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan kehadiran ramai penyokong Malaysia mahupun Bangladesh turun padang memberikan sokongan masing-masing.

Dalam pada itu, posting daripada pelakon terkenal iaitu Hairul Azreen turut menjadi perhatian ramai sebentar tadi apabila dia menulis kapsyen panjang sempena kemenangan pasukan Harimau Malaya pada malam tadi.

Hairul Azreen bersama dua keping foto dimuat naik olehnya turut berkata diruangan kapsyen dengan mengucapkan terima kasih buat jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Namun begitu, dalam pada dia berterima kasih kepada jurulatih Harimau Malaya tersebut sempat juga Hairul Azreen berseloroh dengan mengatakan, “Btw, I love ur movie please slide to left.”

 

 

 

Hantaran tersebut kemudian menarik perhatian ramai netizen dan rakan artis yang rata-ratanya bersetuju dengan perbandingan itu.

Sekadar info, Pan Gon yang pernah beraksi bersama kelab Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors di Korea Selatan pada era 1990-an, memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih Busan IPark FC (2005-2008).

Dia kemudian bergelar ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).

Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya pada 2 Januari 2022 dengan mengambil tanggungjawab susulan prestasi hambar pasukan Harimau Malaya yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura.

Sumber: Gempak

Kredit: NameKhabar

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.