Hiburan

“Ibu nak menangis tapi…,” – Siti Nurhaliza sebak, Aafiyah dah masuk tadika

PEJAM celik, anak sulung kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah kini sudah memasuki alam persekolahan.

Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi situasi anak perempuannya bangun awal pagi untuk bersiap pergi ke tadika.

Hampir mengalirkan air mata kerana sebak, Siti memberitahu Aafiyah terlalu teruja ketika sampai di sekolah sehingga terlupa untuk salam ibu dan bapanya.

Sampai sekolah, depan pintu kelas dia terus masuk tak tengok belakang dah.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

“Alhamdullillah, hari ini hari pertama Aafiyah masuk pre-school. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan, dia kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.

“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah… Subhanallah.

“Sampai sekolah, depan pintu kelas dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah, ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan saja,” tulisnya.

 

Siti berkongsi foto dia bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K dan Aafiyah yang memakai baju seragam tadika di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Siti bersama dua orang anaknya.

 

Dalam pada itu, Siti juga berdoa agar Allah SWT mempermudahkan proses pembelajaran Aafiyah dan menjadikan anaknya itu seorang insan yang baik.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. Aamin Ya Rabb.. (Terima kasih teacher Na bantu Aafiyah),” coretnya lagi.

 

Ramai Tumpang Gembira

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Siti meninggalkan respon positif dan tumpang gembira melihat Aafiyah mula memasuki alam persekolahan.

“Mesti lepas ni balik dari sekolah, hari-hari dia akan cerita tentang aktiviti sekolah,” tulis netizen.

“Sudah pintar ya, banyak kawan-kawan nanti di sekolah,” tulis penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang.

“Kejap je dah besar, pejam celik dah anak dara nanti,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang berusia setahun.

 

Sumber: mStar, murai.my

Apa pendapat anda? Jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.