Hiburan

Empat Tahun Simpan Rahs1a, Harris Annuar Sah Milik Asha Merican

Pelakon Harris Annuar hari ini sah bergelar suami kepada pelakon dan model Asha Merican.

Sekali lafaz

Menerusi Instagram Live di akaun @harrisanuar, Harris dan Asha selamat diijabkabulkan sekitar pukul 4.00 petang.

Dengan hanya sekali lafaz, Haris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1001.00 kepada Asha. Majlis pernikahan itu disaksikan keluarga oleh kedua-dua belah pihak serta rakan selebriti antaranya Hun Haqeem dan Safwan Nazri.

Haris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar kelihatan sebak saat dicium oleh ibu kesayangannya, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton sejurus usai akad nikah.

Hati wanita remuk

Sebelum ini, aktor berumur 29 tahun ini ada memuat naik video sedondon memakai busana berwarna putih dengan kapsyen, ‘Selepas empat tahun.’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat peserta Hero Remaja 2017/18 terkejut kerana pasangan ini tidak pernah menayang percintaan di media sosial.

Selain dihujani ucapan tahniah, ada juga kalangan wanita yang meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui ‘crush’ mereka sudah menjadi milik Ash.

@nurfatinhaziqah: Ingat betul la single.. Ceittt 4 tahun dah rupanya.

@ciknanaaaaaaaaaaaa: Abang botak is not available.

@azlinarasyid: Okey dah boleh unfollow.

@ainanajwa10: Know know kahwin.

@dzuljacob94: Dalam diam. Tahu-tahu dah kahwin bro. Tahniah selamat pngantin baru. Hidup abang botak.

Sumber: Instagram @harrisannuar

Kredit : ohbulan

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.