Hiburan

Dah Tak Pakai Tudung, Gambar Suami Semua Dah Padam, Ini Jawapan Mengejutkan Dari Nina Iskandar

GAMBAR terbaharu yang dikongsi pelakon Nina Iskandar di laman Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya adakah dia kini tidak lagi berhijab seperti penampilan sebelum ini.

Menjelaskan hal tersebut, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 31, memberitahu dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan bahawa dirinya sudah berhijab.

“Saya tidak pernah bertudung dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hal itu,” ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar.

Pelakon berasal dari Brunei itu dilihat berpenampilan menutup aurat sejak dua tahun lalu dan sering menerima pujian ramai.

Dalam pada itu, Nina juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang rumah tangganya yang dikatakan bermasalah gara-gara memadam gambar-gambar bersama suami di Instagram.

“Doakan yang terbaik.

“Sekarang ini saya hanya fokus kepada diri sendiri dan kesihatan. Saya mahu turunkan semula berat badan.

“Saya lebih memberi tumpuan kepada perniagaan dan mahu menyambung semula kerjaya lakonan,” katanya.

Saya tidak pernah bertudung dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hal itu

NINA ISKANDAR

PELAKON

Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember 2019.

Sementara itu, bercakap tentang kerjaya seni, pelakon drama Andainya Takdir ini akui rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran setelah sekian lama tidak kembali ke Malaysia akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

Nina juga berkata, dia kini sedang dalam usaha untuk kembali menurunkan berat badan sebelum kembali bekerja.

Nina sedia kembali bekerja memandangkan anak semakin membesar.

“Saya masih menerima tawaran berlakon tetapi disebabkan prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini susah untuk keluar negara. Tambahan pula anak masih kecil sebelum ini dan kami tidak boleh berjauhan.

“Memang rindu nak berlakon. Sekarang perintah kawalan telah longgar dan saya sedia untuk kembali bekerja.

“Sekarang ini fokus turunkan berat badan dahulu. Sasaran saya mahu capai berat ideal iaitu 50 kilogram. Saya lakukan senaman bersama jurulatih peribadi dan mengawal pemakanan. Saya sudah mula lakukan semua ini sejak hujung April lalu,” jelasnya.

 

Sumber: mStar

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.