Hiburan

Hidayah Seb4k Nampak Vellfire Arwh Abam Kini Dipandu Orang Lain

Isteri mana yang tak sedih bila mengenangkan semula segala kenangan yang telah dicipta bersama arwh suami? Bagi mana-mana isteri yang mempunyai pengalaman kehilangan suami pasti faham akan perasaan ini.

Selain itu, si balu pasti akan sedikit sebanyak mengimbau semula kenangan bersama suami yang pernah ada dulu apabila melihat harta peninggalan mereka.

Begitulah yang terjadi kepada balu pelawak tanah air Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Baru-baru ini sebuah video TikTok yang dikongsikan sendiri oleh Hidayah yang mengatakan dirinya seb4k apabila melihat kereta jenis Toyota Vellfire yang pernah dimiliki Abam melintasi jalan raya dan dipandu oleh orang lain.

Menurut kapsyen di video tersebut, Hidayah sengaja merakamkan momen tersebut agar anak mereka, Hamzah tahu tentang kereta yang pernah dipakai ayahnya. Tambah Hidayah lagi, kereta Vellfire tersebut dibeli dahulu adalah untuk keselesaan anak mereka.

“Ternampak kereta arwh suami – BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Bila Hamzah dah besar inilah kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.

“Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh Ibu beli kereta macam arwh ayah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarga tersebut. Selain itu, banyak komen-komen positif yang diberikan oleh netizen di TikTok untuk menyokongnya.

Video yang tular di laman TikTok

@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty Kenangan Terindah – SAMSONS

Sumber: RakyatNow

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.