Viral

(Video) Lelaki Ter4jang Gadis 14 Tahun Gara2 Tak Bagi Nombor Telefon Sampai K0yak Tisu Lutut Akhirnya Terima P4dah

DAYUS betul awak buat perempuan macam tu.

Demikian kapsyen ditulis pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan seorang lelaki menend4ng bahagian lutut seorang remaja perempuan yang merupakan pekerja di sebuah restoran dalam kejadian pada Ahad.

Ketika dihubungi mStar, kakak kepada mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Fiza memperincikan semula apa sebenarnya yang berlaku kepada adiknya, Nadrah dalam video yang dimuat naik di TikTok.

Video:

@ayangfiza

Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Maki, tendang lutut gadis 2 kali sebab tak dapat nombor telefon

“Adik saya baru berusia 14 tahun. Dia tengah cuti sekolah sekarang ni dan buat kerja sambilan untuk cari duit belanja.

“Ada seorang lelaki ni selalu datang dan kacau adik saya tengah kerja. Dia kerap minta nombor telefon dan ganggu tapi adik saya tak layan.

“Dalam rakaman CCTV tu mula-mula dia maki adik saya dengan panggilan ‘betina si**’. Nadrah tak boleh terima kena macam tu jadi dia tengking semula ‘Kau kenapa!’ terus dia naik kaki lepas tu tendang adik saya,” dakwa Fiza.

Nadrah dikatakan hampir diserang setelah cuba melawan lelaki tersebut.

Selepas menend4ng Nadrah, lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan terus beredar keluar dari kedai makan tersebut yang terletak di kawasan Mersing, Johor.

Berikutan kejadian tersebut, adik Fiza terus menghubungi ibu mereka untuk menceritakan kejadian yang telah berlaku sebelum membuat lap0ran polis.

“Kalau kawan lelaki tu tak halang dia daripada terus tend4ng adik saya, tak dapat bayangkan apa akan jadi lagi lepas tu. Lepas mereka berdua keluar, adik terus telefon mak maklumkan kena tend4ng dengan lelaki tu. Mak ambil dan bawa adik pergi buat laporan dekat balai polis.

“Lepas siap buat report polis minta mak bawa adik pergi hospital. Tisu lutut adik saya terk0yak sebab kena teraj4ng dua kali. Lelaki tu pakai kasut tapi saya tak pasti kasut apa.

“Sekarang adik saya dah tak pergi kerja sebab tr4uma dengan lelaki tu lepas dia ugvt nak pukvl kalau jumpa tepi jalan. Kasihan adik saya pergi kerja nak cari rezeki bukan nak menggatal dengan lelaki. Tiba-tiba boleh jadi macam ni pula,” jelas Fiza dengan rasa penuh terkilan.

Sekarang adik saya dah tak pergi kerja sebab tr4uma dengan lelaki tu. Kasihan adik saya pergi kerja nak cari rezeki bukan nak menggatal dengan lelaki.

FIZA

Menurut Fiza, sebagai kakak, dia berasa sangat berang dengan tindakan lelaki tersebut yang menend4ng adiknya apatah lagi dia merupakan seorang perempuan.

Tambahnya, setelah laporan polis dibuat, lelaki berkenaan berjaya ditangkap pada keesokan harinya.

Tangkap layar perbualan Fiza dan adiknya.

“Apa-apa pun saya harap lelaki tu dapat balasan setimpal atas perbuatan tak bermoral dia terhadap adik saya ni. Saya harap perkara yang sama takkan berulang terjadi dekat orang lain pula,” ujarnya.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.