ISU SEMASA

Rumah Berbentuk Kuil, Lelaki Tumbuk Dan Pecahkan Cermin Kereta Jiran Sebab Buat Aduan. Akhirnya Ini Tindakan Pihak MBS

TIGA kali notis arahan menghentikan kerja-kerja pembinaan telah dikeluarkan dari tahun 2019, namun arahan dari Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu tidak diendahkan dan seorang lelaki meneruskan impiannya mengubah suai rumahnya berbentuk kuil sehingga menimbulkan masalah kepada jiran.

Arahan dari MBS itu telah dikeluarkan kerana pembinaan tersebut bukan sahaja tidak mendapat kelulusan, malah tidak mengikut tatacara keselamatan.

Memetik laporan dari Media Variasi, rumah yang diubah kepada bentuk kuil itu boleh mewujudkan sentimen perkauman dan ketidakselesaan kepada penghuni di taman berkenaan terutama jiran yang bersebelahan dengan rumah tersebut.

Halim Hassan berkata, kejadian itu berlaku berdekatan dengan kediamannya di Taman Suria, Mantin, Negeri Sembilan. Halim mengakui, tindakan tidak bertanggungjawab jirannya itu telah menimbulkan banyak masalah kepadanya dan memaksa dia membuat aduan kepada pihak MBS pada 14 Februari 2022 untuk mengambil tindakan lanjut. Malangnya, tiada tindakan susulan dari MBS.

“Dia (jiran) masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini.

“29 Mac lalu, isteri saya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di kawasan beranda rumah, selain kerosakan pada cermin motosikal juga disebabkan batu bata yang jatuh.”

“Kami bernasib baik kerana tidak ada di tempat batu bata jatuh dan kebiasaannya di sinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang.”

“Walaupun notis telah dikeluarkan, hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan melampau sehingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembab di dinding bilik dan ruang tamu.”

“Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah sehingga masuk ke kawasan laman rumah saya, menyebabkan salah satu tayar kereta tertusuk paku, selain simen dan habuk mengenai kereta saya. Tetapi jiran menafikan dan tidak mahu bertanggungjawab,” katanya.

Halim mendakwa, keretanya ditumbuk dan cermin dipecahkan setelah jiran terbabit mengetahui Halim membuat aduan kepada MBS. Hal itu menyebabkan Halim terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Mantin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Faley Ab Rahman mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.

 

Sumber: KiniBerita

MBS arah henti ubah suai rumah ala ‘kuil’ di Mantin

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kini sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap pemilik sebuah rumah ala ‘kuil’ di Taman Surian, Mantin di sini yang didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.

Beliau berkata, susulan isu tersebut, MBS telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April lalu.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan di rumah berkenaan di Taman Surian, Mantin, Seremban telah dihentikan pihak MBS hari ini

 

Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi mendapati rumah tersebut telah diambil tindakan tutup (sealed) oleh penguat kuasa MBS.

Semalam tular di media sosial, dakwaan seorang penduduk berhubung pembinaan rumah tanpa kelulusan di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin di sini yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni lain di taman perumahan berkenaan.

Dakwanya, walaupun beberapa kali aduan telah dibuat namun tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa tempatan (MBS) melainkan notis memberhentikan kerja pengubahsuaian dikeluarkan kepada pemilik rumah berkenaan. -KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.