Hiburan

“Kalau ada yang tak suka tengok tutup sahaja…” – Kak KM beli rumah banglo RM5 juta, syukur akhirnya doa dimakbulkan…

DI SEBALIK kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah lot banglo, usahawan sensasi Kak KM juga tidak terlepas dari kec4man apabila dia dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan.

Enggan ambil pusing dengan kec4man netizen, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berharap apa yang dikongsi itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berusaha dalam bidang perniagaan.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok tutup sahaja media sosial.. Saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi mahu beri inspirasi supaya orang berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” katanya kepada mStar.

Sebenarnya orang yang selalu kec4m inilah ada masalah cemburu

LIANA ROSLI

USAHAWAN

Bagaikan tidak dapat lari daripada kec4man, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini berkata sudah lali dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kec4m. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kec4m inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Kak KM tak hirau kec4man orang.

Bercakap tentang banglo yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu, Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak tahun lalu dan dia baharu sahaja menerima kunci rumah secara rasmi pada Ahad.

Kata Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum berpindah dan menetap di sana.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.