Hiburan

“Syabas Isteri Pejuang Islam Al Quds” – Netizen PerIi Caprice Tak Berani Teg0r Isteri S3ksi BergeIek Di TikT0k

Terdahulu, penyanyi rap Caprice ada mendedahkan bahawa isterinya terkena perbuatan sihir.

Menurut Caprice, dia tidak menyangka dugaan selepas berkahwin itu lebih berat jika dibandingkan dengan waktu sebelum berumah tangga.

Namun, menerusi akaun TikTok isterinya ramai netizen memerli Caprice selepas menonton wanita itu bergelek menerusi salah satu video yang dimuat naik.

Beberapa netizen dilihat mempersoal Caprice yang sebelum ini lantang bersuara serta menegur artis-artis lain selain menggelar dirinya pejuang Al-Quds.

Ada yang sempat memerlinya berani menegur orang lain tetapi tidak isterinya sendiri.

 

Video isterinya, Farra Innalis menari di TikTok itu mendapat perhatian ramai sehinggakan mereka tertanya-tanya sama ada benarkah dia memang telah menjadi mangsa sihir.

Bagaimanapun, Farra sendiri telah tampil memberikan penjelasan berkenaan pertanyaan netizen sama ada benar dia disihir.

Jelasnya, dia memilih untuk tidak menunjukkan perkara negatif kepada semua pengikutnya. Farra juga berkata dia dan Caprice mempunyai karakter yang berbeza.

Kalau nak tahu secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri, Ariz pula suka bercerita dengan netizen.”

Video:

@elis620

doing some exercise after food ?

? Superstar – MarkTheHerras

Sumber : Beautifulnara

Terdahulu,

“Yeke kena sihir?”Bergelek sakan di TikTok, netizen tanya betul ke isteri Caprice kena sihir? Ini komen tuan badan buat semua terdiam..

GARA-GARA berjoget sakan di TikTok, pendedahan penyanyi rap Caprice bahawa isterinya, Farra Innalis terkena sihir dipersoalkan netizen.

Tampil menjelaskan perkara itu, Farra berkata, dia enggan menunjukkan keadaan dirinya yang lesu dan tidak selera makan kepada pengikut kerana ia bukan sesuatu yang positif untuk dikongsi kepada umum

“Pertama sekali, sejak akhir-akhir ni saya banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada juga menceritakan tentang sihir.

“Tapi ada juga netizen yang mula judge saya sebab ‘oh sebab kau tak pakai tudung la kau kena kacau dengan makhluk halus’.

“Ada juga beritahu dekat IG suami kena sihir, tapi dekat TikTok berjoget-joget pula. Eh abang kakak, what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka tengah lesu?

“Nak saya bercerita yang saya tak lalu makan apa? Saya tak suka bagi benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau tak ada benda positif, saya diam,” kata Farra.

Pada Selasa lalu, Caprice atau Ariz Ramli mendedahkan isterinya berdepan sihir sehingga jatuh sakit dipercayai akibat perbuatan khianat dan rasa tidak puas hati individu tertentu
Menerusi perkongsian itu, Caprice berkata mereka sudah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk secara alternatif namun Farra masih belum menunjukkan tanda positif.

Dalam pada itu, Farra mengakui dia pada awalnya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya berkongsi mengenai dirinya mengalami gangguan sihir kepada umum.

“Kalau nak tahu, secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri kalau Ariz pula suka bercerita dengan netizen.

Dia suka ambil input daripada netizen-netizen macam kongsi pengalaman… dia suka ambil tahu benda itu. Sebenarnya kami ada berbalahan juga mengenai sihir ini.

“Saya tak nak orang tahu… tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda itu. Tapi Ariz cakap biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah,” ujarnya.

Untuk rekod, Ariz mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak satu iaitu Farra pada November tahun lalu.

Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Sebelum ini penyanyi rap, Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis Hussni diganggu oleh seorang individu bernama ‘Najib’.

Isteri terkena sihir?
Terkini, pemilik nama Ariz Ramli memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya seolah-olah memberikan gambaran bahawa isterinya itu terkena sihir.

Menerusi hantaran itu, ia memaparkan isterinya yang mesra disapa Elis sedang tidur sambil ditemani dengan ayat ruqyah.

Saya penat…”- Isteri disyaki terkena sihir, Caprice mohon bantuan

Sebelum ini penyanyi rap, Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis Hussni diganggu oleh seorang individu bernama ‘Najib’.

Isteri terkena sihir?
Terkini, pemilik nama Ariz Ramli memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya seolah-olah memberikan gambaran bahawa isterinya itu terkena sihir.

Dah dapatkan bantuan ustaz
Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, dia sudah mendapatkan bantuan ustaz bagi membantu mengubati ‘penyakit misteri’ menganggu isterinya itu.

Pada masa yang sama, dia tertanya-tanya punca ramai pihak mempunyai perasaan hasad dengki dengan dirinya sekeluarga.

“Sudah beberapa kali ustaz datang berubat dia. Selain itu, baru-baru ini, ada pula tiga orang lain yang berani menghubungi dan menganggu dia pada waktu tengah malam.

“Saya cuma nak tahu, kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri saya?”luahnya.

Ingatkan lepas kahwin, ujian akan kurang
Selain itu, Caprice berfikiran bahawa ujian yang dihadapinya sebelum ini akan berkurangan apabila sudah mendirikan rumah tangga, namun lain pula jadinya.

“Sebelum ini, saya fikir, selepas kahwin, tentu ujian akan lagi berkurangan. Sebenarnya, sejak tujuh bulan lalu, saya melalui banyak benda baru yang kita kena uruskan.”katanya.

Saya sangat penat
Terpaksa mengharungi dugaan bertubi-tubi, penyanyi itu mengakui dirinya penat untuk berdepan dengan perbuatan syirik tersebut. Ini kerana dia perlu menguruskan perniagaan yang diusahakan olehnya.

“Terus-terang, saya sudah sangat penat. Nak hadam bisnes dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

“Selepas itu, sambung dengan benda bukan-bukan sampai pukul 3 hingga 4 pagi. Saya perlukan bantuan.”ujarnya.

 

Semoga terus kuat dan jangan putus asa
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan pengikut di laman Instagram miliknya dan rata-ratanya mendoakan agar Caprice terus kuat dan tidak berputus asa bagi mengubati gangguan tersebut.

Tidak kurang juga, mencadangkan kepada penyanyi itu untuk cuba berikhtiar dengan rawatan alternatif yang lain.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis atau disapa Elis pada pertengahan November tahun lalu secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan media.

Elis juga merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya Sofia.

Sumber: Instagram via OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.