Hiburan

Hans Isaac Tegur Kenyataan Norman, Siap Bagi Pesanan ‘Pedas’

Datuk Hans Isaac telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai penggunaan ‘glamor’ dalam penglibatan dirinya dalam dunia politik. Ia susulan dari pendapat yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim baru-baru ini menerusi artikel yang diterbitkan oleh Kosmo. 

Norman berkata, golongan artis yang menceburi bidang politik tidak boleh bergantung kepada  glamor dan nama sahaja.

Hans tidak berdiam diri,  Hans berkongsi keratan akhbar bertajuk ‘Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik’ di Instagramnya. Dia membidas kenyataan itu dan menyampaikan pesanan kepada Norman.

“Saya tidak sesekali menggunakan glamor saya untuk mendapat manfaat berpolitik. Saya dan pasukan saya bekerja keras untuk menjayakan lebih 250 program CSR dan meluangkan masa ribuan jam untuk membantu orang ramai dengan isu-isu besar di Ampang.”- katanya.

 

Fikir Dulu Sebelum Komen

via Instagram Hans Isaac

 

“Dia harus berfikir sebelum mengeluarkan komen sebegini. Ada yang pandai membantu negara dan rakyat untuk Malaysia yang lebih baik dan sesetengah individu harus terus fokus pada apa yang mereka lakukan. Atau senang melakukan dan menunaikan kewajipan seperti yang diperlukan dalam jawatan.”- tambahnya lagi.

Hans menambah, pada waktu ketika ini sebagai pemimpin seharusnya meluangkan masa untuk menjalankan tugas bukannya mengulas pasal orang lain.

“Untuk masa ini lebih baik dihabiskan untuk menjalan tugas daripada mengulas pasal orang lain.”- katanya mengakhiri bicara.

Sebelum itu, dari laporan Kosmo Norman berkata,

“Kalau setakut bergantung pada glamor dan nama sahaja, tak cukup. Bukan apa, sebab saya tengok artis-artis Malaysia, kalau cuba masuk politik, hanya nak bangunkan industri kreatif dan benda-benda macam itu.”- tegurnya

Untuk info, Hans dan juga rapper terkenal Altimet tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang. Menurut keputusan menerusi laman sesawang pemilihan PKR, ‘kerusi’ tersebut berpihak kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang meraih undian tertinggi berjumlah 942 undi. Hans menduduki tempat kedua dengan undian 609, sementara Altimet berada di tempat ketiga memperoleh 589 undian.

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.