Hiburan

“Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup” – Shuib enggan jumpa ‘kembar’ Siti Sarah

Kuala Lumpur: “Kalau boleh saya mahu mengelak daripada berjumpa dengan dia (Emy Nur Faranizah).”

Demikian kata pelakon dan pelawak Shuib ketika ditanya mengenai ‘kewujudan kembar’ arwh isterinya, Allahyarham Siti Sarah dan kesudiannya berjumpa wanita itu.

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad ketika dihubungi berkata memori dan ‘keberadaan’ Siti Sarah masih kuat dalam dirinya.

 

“Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.

“Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat. Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shuib dia tidak kisah jika orang ramai menyamakan wajah wanita itu dengan Siti Sarah.

“Saya anggap ini biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki.

“Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama. Terdahulu akhbar ini melaporkan bapa Siti Sarah, Raissuddin Hamzah menerima kejutan kehadiran ‘kembar’ arwh anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66, pada Ahad lalu.

Kejutan itu dirancang isterinya, Siti Fatimah Suberi, 35, atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.