Hiburan

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah” – Terima komen luc4h, suami Jasmin Hamid rayu netizen henti kaitkan sebab kahwin lelaki muda

MELAMPAU! Suami kepada Jasmin Hamid iaitu Nazmir bengang dengan tindakan segelintir netizen yang menulis komen keterlaluan mengaitkan hubungan seksu4l mereka sebagai punca pelakon itu diser4ng penyak1t jantung.

Nazmir atau nama sebenarnya Nazmir Abdul Rahman, 35, yang juga pengurus peribadi dramatis itu merayu netizen berhenti menulis komen berbaur luc4h dan menghormati keadaan isterinya yang masih bertarung ny4wa.

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri yang masih lagi di CCU kerana ser4ngan jantung”

“Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya.

“Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya di Facebook peribadi pelakon berkenaan pada malam Khamis.

Nazmir memuat naik paparan skrin komen netizen.

Nazmir turut memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduh perkahwinan mereka sebagai punca wanita itu diser4ng penyakit jantung.

“Sebab kahwin pucuk muda sampai kena heart attack, yang lelaki tu cuci kaki masuk rumah.

“Suami pun tenang-tenang jangan macam kuda, kan dah masuk hospital.

“Akibat suami muda kasihan” demikian antara komen netizen.

Saya mohon hentikan komen-komen sebegini kerana takut bila Jasmin baca bertambah pula sakitnya

NAZMIR

SUAMI JASMIN HAMID

Pada Rabu lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) di Hospital Sungai Buloh akibat ser4ngan jantung.

Nazmir, 36, memberitahu doktor memaklumkan isterinya mengalami ser4ngan jantung itu disebabkan faktor kolestrol dalam badan selain mempunyai sejarah keluarga dengan sakit yang sama.

Jasmin dan suaminya pada sambutan Aidilfitri lalu.

Dalam pada itu, Nazmir juga mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan isterinya.

“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian.

“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.