Hiburan

Kekayaan cecah RM22 juta? – “Itu cuma pinjaman Allah SWT”

SHAH ALAM : Pelakon sensasi, Datuk Adi Putra, 41, enggan mengulas dakwaan memiliki kekayaan sebanyak RM22 juta sebagaimana yang didakwa oleh sebuah portal tempatan.

Menurut Adi, dia lebih selesa menganggap segala kesenangan dan kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan dari Yang Maha Esa.

“Angka itu diberikan oleh orang dan Ia boleh jadi lebih dan kurang. Namun, ia hanya angka, apa yang lebih penting ialah hala tuju kita sebagai hamba. Saya hanya meminjam daripada-Nya sahaja.

“Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial.

“Namun saya lebih selesa di belakang tabir kerana ada banyak urusan yang ingin saya ceburi. Kalau saya berhenti berlakon, ada yang akan merindui. Saya hanya membantu mereka untuk ke destinasi,” katanya.

Adi berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pelancaran filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di Pangkalan Udara Subang, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentara Udara, Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal, Adi tersenarai sebagai selebriti yang mempunyai kekayaan lebih dari RM4.3 juta pada tahun 2017/2018.

Malah, Adi juga tersenarai sebagai 10 selebriti terkaya di Malaysia.

Selain itu, ditanya mengenai pembabitannya yang kerap dalam menyantuni masyarakat, Adi menganggap ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial seorang figura umum.

“Saya rasa saya bersyukur dan berterima kasih kepada orang tua saya dan mereka yang penyampaikan berita itu.

“Kerana tidak perlu saya hebahkan kerana mengantara itu sudah ada. Betul saya nak memberi kepada masyarakat dengan cara ini, orang lain lain caranya.

“Sebagai figura awam saya tidak boleh lari daripada pemerhatian orang. Sekurang-kurangnya itulah yang boleh saya lakukan,”katanya.

Untuk rekod, Adi menubuhkan syarikat agensi pengurusan umrah dan haji bermula tahun 2013.

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.