Dunia

Anjing ditinggal bersama beg mainan di tepi jalan, nota terakhir pemilik menyay4t hati

SEEKOR anjing ditemui ditinggalkan di jalanan bersama sebuah beg mengandungi permainan.

Anjing bernama Baby Girl itu ditemui diikat pada pili bomba di bandar Green Bay, Wisconsin di Amerika Syarikat (AS).

Ia kemudian diselamatkan oleh Wisconsin Humane Society (Humane Society), dan badan amal tersebut menjelaskan sebab pemilik membuat keputusan untuk meninggalkan haiwan itu.

Menerusi satu nota yang menyayat hati, ia menjelaskan pemiliknya tidak mampu menanggung dari segi kewangan untuk menjaga haiwan yang mempunyai mas4lah kesihatan yang serius.

Ini kerana pemiliknya perlu menanggung kos rawatan perubatannya sendiri.

Humane Society mendapati anjing itu mengh1dap diabetes mellitus, atau dikenali sebagai diabetes anjing, yang bermaksud badannya menghadapi masalah menguruskan gula dalam darah.

 

Seorang jurucakap Humane Society berkata: “Ia boleh menjadi penyak1t yang memerlukan kos tinggi untuk diuruskan, pembelian bulanan insulin dan kemungkinan bekalan perubatan lain.

“Pertama sekali, kami bersimpati kerana anda (pemilik anjing) terpaksa berpisah dengan ‘kawan baik’ anda.

“Terbukti betapa anda menyayanginya dan kami dapat melihat anda melakukan yang terbaik semasa bergelut dengan komplikasi perubatan dan cabaran hidup anda sendiri.

“Dan kami melihat perasaan sayang anda dalam nota yang anda tinggalkan, merayu agar seseorang membantunya kerana anda sudah tidak mampu lagi,” katanya. – Daily Star

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button