Hiburan

Tak Salah Nak Berseni Tapi..” – Surat terbuka Dai’ Fuad kepada Baby Shima

PETALING JAYA – Pendakwah, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dai’ Fuad Mokhtar menegur tindakan penyanyi, Baby Shima yang bergelek pada sambutan rumah terbuka baru-baru ini.

Dai’ Fuad dalam surat terbuka yang ditujukan buat penyanyi itu di Facebooknya berkata, Baby Shima sepatutnya faham bahawa suasana hiburan di Malaysia dan Indonesia adalah berbeza.

“Saya selalu turun berdakwah di Indonesia dan saya tahu pasaran hiburan disana berbeza. Disana hiburan mereka lebih berani malah terkadang menyambut israk mikraj pun ada yang sanggup menari.

“Pernah di tempat saya berkuliah agama namun konsert dangdut berhampiran bersebelahan. Waktu kuliah boleh terdengar ayat “Ayuh Goyang Mas” geleng kepala saya waktu kuliah,” katanya.

Dai’ Fuad berkata, di negara ini agama Islam dijaga oleh Mufti dan ada perundangan yang memelihara.

“Adab dan suasananya masih cantik terpelihara. Hiburan juga masih lagi santun dan menjaga kemuliaan diri wanita.

“Namun semenjak dua menjak ini naik kembali di peranti telefon bimbit saya aduan dan nasihat orang ramai terhadap keberanian saudari dalam mengetengahkan hasil seni yang kurang cermat,” ujarnya.

Tangkap layar video memaparkan Baby Shima membuat persembahan ketika di majlis rumah terbuka baru-baru ini.

Dai Fuad juga mengingatkan bahawa penyanyi itu perlu lebih berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan maruah sendiri.

“Tak salah nak berseni tapi ingatlah agama harus menjadi sendi. Jangan terlebih berhibur sehingga maruah menjadi lebur.

“Shima adalah ikon hiburan, banyak adik-adik yang melihat dan menonton, maka jadilah artis yang memberi inspirasi positif dan panduan yang baik buat masyarakat terutama golongan remaja,” katanya 

Sumber: KOSMO! ONLINE/ Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.