Hiburan

“Impian saya untuk ada surau dalam rumah tercapai” – [VIDEO]Rumah teres kini setaraf banglo, Fasha Sandha puas hati hias rumah sendiri

 

BERSYUKUR rumah idaman sudah siap diubah suai, pelakon Fasha Sandha mendedahkan ia merupakan kediaman pertama yang dibeli selepas menceburi industri seni.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan turut memberitahu dia sendiri yang membeli kelengkapan dan hiasan dalaman untuk rumah berkenaan.

Lebih membuatkan pelakon berusia 38 tahun ini teruja apabila dia dapat menyediakan surau yang boleh memuatkan seramai 25 orang.

“Alhamdulillah, rumah yang saya beli ketika di usia 21 tahun sudah siap diubah suai. Rumah itu mempunyai sentimental value buat saya sebab rumah pertama saya beli.

“Walaupun hanya rumah teres biasa tapi bagi saya, ia adalah rumah idaman saya sebab saya sendiri yang beli barang dan hias rumah itu.

“Saya bukan belajar buat hiasan dalaman rumah tapi dapat idea dari google dan showroom… dapat jimat kos. Alhamdulillah, impian saya untuk ada surau dalam rumah pun tercapai,” katanya kepadamStar.

Sebelum ini, pemenang Pelakon MeleTop Anugerah MeleTop 2021 itu berkongsi video rumahnya yang sudah siap diubah suai menjadi seperti banglo mewah.

Sebab saya sendiri yang beli barang dan hias sendiri rumah itu.

FASHA SANDHA

PELAKON

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi mengenai perkembangan adiknya iaitu aktres Elisya Sandha yang kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Dijangka akan bersalin pada pertengahan Jun, pelakon drama Dendam Seorang Isteri ini memberitahu adiknya sentiasa meminta tip atau nasihat mengenai kehamilan.

“Banyak tips dia minat sebab ini kali pertama dia bakal menjadi ibu… jadi dia sangat teruja. InsyaAllah Elisya akan melahirkan cahaya mata pertamanya dalam pertengahan Jun.

“Alhamdulillah, saya lihat perjalanan kehamilannya dipermudahkan… rezeki dia dapat bunting pelamin. Pernah la dia lepak rumah saya lama sebab macam-macam nak tanya.

Fasha bersama seluruh keluarganya.

“Dia nak tahu tentang proses bersalin dan berpantang. Sebagai kakak yang ada ramai anak, sudah tentu saya kongsikan pengalaman saya juga,” ujarnya.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada 29 Mac 2019 dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira yang berusia dua tahun.

Fasha juga mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima hasil perkahwinan dengan bekas suami, Rizal Ashram.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.