ISU SEMASA

‘Mengapa sekarang baru tular?’ – pengubahsuaian rumah sudah berpuluh tahun berlaku

PETALING JAYA – Penduduk di sebuah pangsapuri Taman Dato Harun di sini mendedahkan bahawa pengubahsuaian rumah di kawasan terbabit telah lama berlaku.

Penduduk, Zulhatman Syafrizal, 43, berkata, penambahan rumah itu dilakukan berpuluh tahun yang lalu, namun menjadi isu selepas ia diviralkan baru-baru ini.

“Kalau ikut penambahan rumah, semua tempat ada tambah rumah. Ia sudah berpuluh tahun berlaku.

“Kalau sekarang dibangkitkan apa isunya? Nak bangkitkan (tambah rumah cuba) pusing satu taman ini, semua tambah rumah,” katanya ketika ditemui wartawan.

Sebelum ini, tular ubah suai rumah yang dilakukan di kawasan berkenaan mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.

Netizen mempertikaikan tindakan itu yang dianggap melampau sehingga dilihat mengundang bahaya.

 

Tular ubah suai rumah yang dilakukan di kawasan berkenaan mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.

 

Zulhatman menambah, baginya, penambahan rumah oleh penduduk adalah bukan isu kerana ia tidak mengganggu orang lain,” ujarnya.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 42, pula berkata, penambahan atau penyambungan rumah oleh penduduk yang tinggal di kawasan itu bermula sekitar tahun 1990-an.

“Saya mula tinggal di sini tahun 1988, waktu itu tiada lagi penyambungan. Selepas 1990, (penduduk) sudah mula tambah (rumah).

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) pun tidak ada cakap apa-apa,” dakwanya.

 

Unit di tingkat dua Flat Taman Dato Harun, Petaling Jaya yang diubah suai sehingga mengubah reka bentuk asal

 

Dia berkata, penambahan atau penyambungan yang dilakukan juga tidak memberi kesan kepada jiran di sebelah rumah seperti tidak mengakibatkan dinding retak atau tidak mempunyai air.

“(Selain itu, dinding) ini konkrit, pasang siap dan tidak melibatkan batu blok,” katanya sambil menambah pangsapuri berkenaan siap dibina pada tahun 1985.

Sumber: Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.