Hiburan

Dikec4m bina pusat tahfiz, Janna Nick dedah hasrat nak bantu orang Kedah pula

SEBELUM ini kecoh di media sosial selepas pelakon, Janna Nick terlibat daripada segi kewangan membantu pembinaan pusat tahfiz.

Apa yang menjadi pertikaian warganet ialah status sumber kewangan yang disalurkan kerana berpunca daripada pembabitannya dalam dunia seni.

Namun, seakan tidak peduli dengan komen-komen negatif, Janna mendedahkan dia mempunyai impian besar untuk rakyat di negeri kelahirannya sendiri iaitu di Kedah.

“Memang sebelum ini ramai yang mengec4m tetapi sebenarnya saya membantu pusat tahfiz yang terletak di kampung halaman sendiri iaitu di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

“Alhamdulillah pembinaan berjalan lancar lagipun yang menggerakkan usaha ini adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) kampung yang majoritinya adalah saudara-mara sendiri.

Janna Nick akui terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.

“Bapa saudara saya juga imam di situ dan saya sebenarnya bertindak sebagai jurucakap menyampaikan hasrat orang kampung untuk tubuhkan tahfiz.

“Sekarang ini saya cuba bantu kampung saya dahulu dan kalau berjaya, saya berhasrat nak bantu negeri kelahiran pula,” katanya kepada Majoriti.

Ditanya mengenai kec4man yang diterima sebelum ini, Janna berkata, dia memang sedikit terkesan dengan komen-komen negatif yang diberikan warganet.

Namun kata Janna, dia cuba untuk tekadkan hati dan enggan mengambil peduli komen-komen negatif yang dilemparkan.

“Kalau orang nak kata halal atau haram, saya tak peduli kerana tujuan saya adalah menggunakan platform yang ada ke arah kebaikan. Penerimaan itu terpulang kepada mereka.

Membantu rakyat Kedah antara yang diimpikan Janna Nick selepas ini.

“Lagipun sebenarnya hajat orang kampung bukan sekadar mahu membina tahfiz sahaja. Sebaliknya mahu besarkan sehingga wujudnya rumah anak yatim dan kompleks pelbagai guna untuk mereka.

“Saya tahu mereka dah dua tahun kumpul dana tetapi gagal ekoran p4ndemik C0v1d-19 dan itu yang saya cuba bantu seadanya,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, Janna berkata, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem kelimanya berjudul Jemputan Ke Neraka. — Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.