Hiburan

Bila tiba giliran saya kenapa nak usik? – Siti Nurhaliza

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza hairan apabila namanya menjadi pertikaian dan sebutan selepas muncul di papan iklan digital (billboard) di New York Times Square, New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ujar Siti atau lebih mesra disapa TokTi, sebelum wajahnya terpampang di papan iklan bersaiz gergasi tersebut, beberapa nama selebriti tempatan lain sudah terlebih dahulu muncul bersempena kempen Equal oleh wadah penstriman digital dunia, Spotify.

 

“Ramai saja artis sebelum ini sudah keluar di papan iklan tersebut. Tapi bila giliran saya sahaja, kenapa nak usik pula?” ujarnya.

Kata pelantun lagu Percayalah itu lagi, pihak yang mempertikaikan perkara tersebut sepatutnya perlu mendapatkan penjelasan daripada mereka yang berkenaan iaitu Spotify sebelum mengeluarkan sebarang komen.

 

“Kalau boleh minta dulu penjelasan daripada pihak berkaitan (Spotify) barulah boleh komen. Kadang-kadang tersalah komen itu yang jadi tak syok,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Raya CTDK Holdings di sini, semalam.

Pertikaian tersebut juga menjadi bualan hangat pengguna Twitter, termasuk peminat Siti sehingga masing-masing saling berbalas ciapan.

Malah, terdapat pihak dalam kalangan rakan artis yang mahu Siti menasihati peminatnya agar tidak bertindak dengan membuat ‘serangan’ melulu di alam maya menerusi komen dan ciapan.

Kata Siti, dia tidak mahu menjadikan isu tersebut sebagai perkara besar memandangkan dirinya sudah matang dan tidak mahu menjadi seperti budak-budak.

 

“Saya tak nak jadi budak-budak. Apa yang ditulis di Twitter bukan mewakili diri saya pun. Kadang-kadang bukan mewakili peminat saya pun. Orang saja anggap.

“Sepatutnya muzik menyatukan. Sebab muzik ini sangat universal dan istimewa.

“Bayangkan saya ke luar negara, mereka tak faham bahasa saya, tapi mereka boleh hargai. Itu sepatutnya kena saling menghargai. Itu juga saya cuba terapkan dalam setiap persembahan lagu-lagu saya,” katanya.

Terdahulu, penampilan Siti menghiasi papan iklan di kota New York itu bersempena kempen Equal oleh penstriman digital, Spotify.

Selain Siti, beberapa nama penyanyi lain turut pernah menghiasi papan iklan tersebut antaranya Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.