Hiburan

“MasyaAllah, bibir tu cute…” – Elfira Loy umum nama dan dedah wajah anak ke-2

Selepas seminggu melahirkan ada kedua, pelakon Elfira Loy akhirnya mendedahkan wajah penuh permata hatinya buat tatapan peminat.

Dia pada masa sama turut berkongsi nama penuh bayi perempuan keduanya itu.

“BismillahiMashaAllah”

“On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess”

Dalam masa yang sama, EL turut mengumumkan nama puteri keduanya disusului dengan beberapa keping gambar EL serta suami, Faris Khairol Anuar bersama puteri tersayang.

“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris”

 

Nama Nur Aria Mikayla binti Muhamad Faris menjadi pilihan pasangan ini. Namanya seindah wajahnya.

Pelakon cantik ini juga sempat menitipkan doa buat puteri tersayang agar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat-NYA.

“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti”

Terdahulu, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memaklumkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan sekitar pukul 6.27 petang du sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Lebih indah, kelahiran cahaya mata kedua itu disambut sendiri oleh suaminya, Farish Khairol Anuar.

“Saya ada banyak gambar menarik. Tapi saya sukakan yang ini. Subhanallah, ayah (suaminya) seperti seorang adiwira.

“Menangis mommy (ganti nama Elfira) tengok ayah sambut awak sendiri (anak kedua) ketika mommy mahu melahirkan awak. Alhamdulillah. Ini satu pengalaman menakjubkan,” tulisnya.

 

Dalam ruangan komen, rakan-rakan selebriti serta warga maya teruja melihat kecomelan baby Aria Mikayla.

Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang pada 1 Januari 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf, pada Oktober 2019 serta seorang bayi perempuan Aria Mikayla, 20 May 2022.

Kredit: Instagram Elfira Loy

Sumber: Pa&Ma

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.