Hiburan

“Seorang Lagi Puteri Dilahirkan”- Haziq Hot FM Timang Cahaya Mata Ketiga

Haziq menitipkan rasa syukur kerana dapat menemani isterinya, Ayunda Putri buat kali kedua ketika bersalin.

Penyampai radio terkenal, Haziq Hussni atau dikenali sebagai Haziq Hot FM berkongsi khabar gembira apabila isterinya Ayunda Putri Mekarsari selamat menimang cahaya mata ketiga pagi semalam.

Syukur Dapat Teman Isteri Ketika Bersalin

Menerusi hantaran di Instagram, Haziq menitipkan rasa syukur kerana dapat menemani isterinya itu bersalin buat kali kedua.

“Assalamualaikum, 25/5/2022, another princess was born. Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT. Ibi kuat. Dapat pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Tq so much”-Haziq

 

Rakan Selebriti & Netizen Ucap Tahniah

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut serta rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Haziq dan isteri atas pertambahan ‘ahli baru’ keluarga mereka.

“Tahniah @haziq_hussni dan isteri. Semoga puteri jadi permata yang membanggakan ayah ibunya nanti. Ameen.”-Izwan Azir Salleh

Congrats abang n kakak 😍😍.”-Iman Troye

“Tahniaaahhh ❤️❤️❤️❤️❤️❤️”-Zizan Razak

“Alhamdulillah tahniah ma brother..Moga menjadi anak yang solehah & pembawa rezeki yang barakah ❤️. “-Radin Era

“Congratulations Haziq & Ayu ❤️ .”-Anuar Zain

 

Sekadar info, Haziq dan Ayunda telah berkahwin pada Julai 2016. Pasangan ini juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Heidy Nufael dan Chayra Aulia.

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.