Hiburan

“Saya Mohon Allah Beri Yg Terbaik Dlm Hidup,” – Hampir 4 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Ziana Zain Bercakap Soal Jodoh

Hampir empat tahun melayari hidup sebagai ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain mengakui dia tidak menutup pintu hatinya.

Namun, pemilik nama lengkap Siti Roziana Zain ini berkata buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap empat anaknya selain karier seni.

“Sebenarnya saya tak ber.ani cakap tutup hati ke tidak… sebab kita tak tahu di masa hadapan.

“Saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya.

“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya.

“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Wallahualam.  Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya kepada Media Hiburan.

Ziana ditemui pada majlis sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Jualan tiket konsertnya bersama Anuar Zain, Anuar & Ziana Live In Kuala Lumpur 2022 yang bakal berlangsung pada 6 Ogos depan dilaporkan habis terjual dalam tempoh tiga hari selepas ia dilancarkan Khamis lalu.

Sekadar informasi, Ziana mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.

Selepas dua dekad hidup bersama, Ziana dan Armin disahkan bercce.rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.mediahiburan.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.