Viral

Datang awal temujanji nak cucuk anak, tapi kena ‘sidai’ 30 minit gara-gara misi KK beli sarapan… Nampak jalan jinjing beg plastik

RUNGUTAN orang awam tentang ketidakcekapan atau perkhidmatan kurang memuaskan di kaunter pejabat atau jabatan berkaitan kerajaan bukan perkara baharu.

Antara perkara yang sering disuarakan adalah mengenai perkhidmatan kurang efisien sehingga membuatkan pelanggan atau orang awam yang berurusan terpaksa menunggu lama.

Terbaharu, seorang pelayar media sosial berkongsi pengalamannya ketika berurusan di sebuah klinik kesihatan (KK), baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di bebenang (thread) Twitter, individu tersebut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan jururawat yang didakwa tidak menepati masa.

“KK beri appointment pukul 8 pagi, misi (jururawat) masuk kerja pukul 8.10 pagi. Lepas itu keluar balik pukul 8.16 pagi. Berapa lama nak kena tunggu misi balik @KKMPutrajaya,” demikian ciapan individu berkenaan di Twitter.

Menurutnya lagi, dia tiba lebih awal di klinik kesihatan berkenaan untuk urusan pendaftaran sebelum diberi nombor giliran.

Sebahagian perkongsian individu berkenaan di Twitter.

“Untuk pencerahan. Daftar pukul 7.55 pagi, nombor giliran 3001. Temujanji untuk baby cucuk tiga bulan.

“Pukul 8.28 pagi, masih menunggu kepulangan misi. Pukul 8.30 pagi baru siap beli makanan. Temujanji pukul 8.00 pagi, 30 minit masa untuk menunggu sahaja,” kongsinya.

Individu berkenaan turut memuat naik dua keping gambar memaparkan dua orang jururawat yang sedang menjinjing beg plastik berisi makanan menuju ke klinik selepas selesai membeli sarapan.

“Misi dalam gambar adalah misi yang ditugaskan untuk kawasan kami. Of course kenal lepas tiga bulan berurusan, pernah datang rumah dengan auditor atau sister.

“Misi kawasan lain tiada masalah, settle awal,” katanya.

Memang ramai pun misi (jururawat) macam ni, kalau kita terlambat dia marah… tapi kalau dia tak apa pula.

NETIZEN

Menurut individu berkenaan lagi, urusannya selesai selepas kira-kira 45 minit kemudian.

“Ya, luckily hari ini boleh siap awal, yang belakang tak tahulah siap pukul berapa. Biasa temujanji pukul 9, selesai pukul 11 belum tentu dalam tangan.

“Harap KK lebih menghormati masa orang lain, terutamanya ibu hamil, ibu sedang berpantang dan baby,” tulisnya lagi.

Menerusi perkongsian gambar dan komen netizen, difahamkan klinik kesihatan berkenaan terletak di Kuantan, Pahang.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih daripada 3,000 ulang kicau.

Ia turut mengundang reaksi yang pelbagai daripada warganet, dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman serupa apabila berurusan di klinik kesihatan.

Antara komen netizen pada perkongsian ciapan tersebut.

“Sama macam abang saya kena. Dia email dekat KKM, sekali masa nak check-up anak buah, nurseperli-perli. Buat kerja tak profesional, apabila orang report, perli orang pula.

“Bukan takat berlengah-lengah masa je. Even patient ada depan tu, boleh pula misi-misi discussdengan kawan nak makan dan order apa lunch nanti.

“Memang ramai pun misi macam ni, kalau kita terlambat dia marah, tapi kalau dia tak apa pula,” demikian antara komen netizen yang sependapat dengan individu berkenaan.

Namun ada juga dalam kalangan mereka mengesyorkan agar individu berkenaan terus menyalurkan aduan kepada pihak yang berkaitan agar isu tersebut diteliti.

Sumber: mStae

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.