Hiburan

“27 Julai 2022 Madammu Akan Buat Transfer!, jadi balance 4! 2 boys 2 girls! – Eriyca Baiduri ‘Update’ Proses Rawatan IVF

Usahawan kosmetik popular, Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih mesra dengan panggilan Madammu berkongsi perkembangan terkini proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam ikhtiar mendapatkan cahaya mata.

Menerusi TikTok rasmi Noir, Madammu mendedahkan semuanya berjalan dengan baik.

“Hari ini 19 Mei 2022, Madammu dan TP ada appointment dengan doktor regarding IVF (PGT-A) result. Alhamdulillah keputusan yang baik.

“Dari 17 telur, 12 telur survive dan blastocyst dihantar untuk proses PGT-A (ujian embrio yang dihasilkan melalui proses IVF) dan balance dibekukan.

“Dari 8 blastocyst, 6 survive! 4 baby boy dan 2 baby girl! Tetapi 2 boy tidak normal,” tulisnya.

 

Jelasnya lagi, proses seterusnya dijangka akan dilakukan pada Julai depan.

“27 Julai 2022 Madammu akan buat transfer! Doakan Madammu supaya semua berjslan dengan lancar!

“Jadi balance 4! 2 boys 2 girls! Alhamdulillah nkfmal dengan gred yang bagus (46),” kongsinya lagi.

Perkongsian berkenaan pantas mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata mendoakan semoga urusan dipermudahkan.

Malah tak kurang yang turut menitipkan doa yang baik-baik buat pasangan usahawan ini.

Terdahulu, namanya menjadi tumpuan lebih-lebih lagi apabila syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd yang diusahakan menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Mac lalu.

Wanita Sebalik Madammu 

Madammu merupakan seorang wanita berasal dari Terengganu. Dia telah dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana bersama ibu dan dua adik beradiknya yang lain.

JUTAWAN
Siapa sangka daripada seorang gadis kampung yang bercita-cita tinggi, Madammu berjaya meletakkan dirinya sebagai Jutawan hanya dalam masa tiga tahun mengemudikan bisnesnya. “Sebenarnya nak jadi jutawan ni tak susah manapun. Semua orang ada impian nak jadi jutawan tapi adakah kita ada tindakan untuk jadi jutawan. Tiga perkara yang boleh membantu kita menjadi jutawan iaitu apabila mempunyai bimbingan yang betul, ilmu yang betul dan tindakan yang tepat untuk menjadi jutawan.

Melakar kejayaan dalam perniagaan sehingga terbinanya sebuah wisma telah membuatkan wanita yang berasal dari Terengganu ini sebak. “Alhamdulilah sekarang kami dah berpindah ke Wisma Noir. Asalnya dulu Noir bermula dari rumah dengan modal sebuah telefon bimbit sahaja. Kemudian menumpang di pejabat milik suami dan selepas beberapa bulan dapat menyewa shop lot tingkat 1. Selepas 2 tahun, kini Noir mampu memiliki wisma sendiri di Semi-D warehouse 4 tingkat,” jelas ibu yang membesarkan tiga orang anak tiri ini dengan penuh kasih sayang.

SOKONGAN SUAMI
“Saya bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan suami yang sangat menyokong. Mula berniaga dengan menjadi agen
dropship menimbulkan rasa seronok berniaga sehingga mula merancang ada produk sendiri. Saya bermula dari bawah tanpa menggunakan modal yang besar. Fasa awal perniagaan ini saya melakukan semua proses daripada penghantaran, pembungkusan, penstoran dan sebagainya.

 

Pendek kata ketika itu saya adalah majikan dan saya juga adalah pekerjanya. Operasi perniagaan juga bermula dari rumah sahaja,” kongsi Madammu yang menerima hasil jualan pertama sebanyak RM4000 dan terus meningkat sehingga mempunyai hampir 20,000 agen di bawah kelolaannya. Bukan itu sahaja malah boleh melihat wajahnya terpampang di 100 buah billboard seluruh negara. Siapa sangkakan, benar kata orang di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

Sumber: MH/ Nona

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.