Hiburan

“Ustaz kata tiap kali nak muncul di TV, mesti benda itu datang,” – Mawi

DITUDVH sengaja cipta gimik bagi promosikan filem Zim Zim Ala Kazim, pengarah dan penerbit Mawi menegaskan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias sememang sedang mender1ta sak1t misteri.

Malah menurut Mawi, foto yang memperlihatkan kulit tangan yang kehitaman itu merupakan keadaan sebenar fizikal Kazim atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Kazim.

Mengakui terdapat penambahan dari segi kesan solekan, Mawi atau Asmawi Ani juga mendedahkan Kazim pernah menunjukkan keadaan kulitnya yang secara tiba-tiba mengeluarkan dar4h ketika sedang menjalani penggambaran filem itu.

“Ustaz Kazim memang dah lama tak sihat tapi dia kuatkan semangat juga untuk teruskan penggambaran filem ini. Ada yang kata Ustaz saja buat gimik untuk promosi filem.

Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya dar4h keluar dari kulit dia ketika tengah shooting

MAWI

PENGARAH DAN PENERBIT

“Dia memang tengah sakit dan gambar yang dia kongsikan itu memang keadaan dirinya sekarang. Cuma kami ada gunakan kesan solekan sikit untuk filem ini.

“Ikutkan satu badan Ustaz kena macam itu. Ada masa, dia pernah tunjuk dekat saya dar4h keluar dari kulit dia ketika tengah shooting,” kata Mawi kepada mStar.

Pada Rabu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyak1t sebenar yang dialami.

Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyak1t misteri yang dihidapinya itu.

Bagaimanapun komen pelakon Aeril Zafrel yang bertanya tentang sama ada pendakwah tersebut sedang menjalani penggambaran menarik perhatian netizen yang mula menganggap ia sekadar gimik untuk mempromosikan filem lakonannya itu.

Aeril kena kec4m tak tunjuk sempati terhadap sakit yang dialami Kazim.

Kazim menerusi laman Instagram memberitahu sakit misteri yang dihidapinya sejak sekian lama dan dia mencuba pelbagai jenis rawatan serta cuba menyembunyikan hal itu namun sudah tidak tahan untuk menanggung derita.

Dalam pada itu, Mawi yang juga seorang penyanyi turut memberitahu pendakwah berkenaan hilang keyakinan untuk bertemu dengan orang disebabkan keadaan kesihatannya itu.

“Masa nak mula shooting itu, Ustaz hilang keyakinan dan rasa rendah diri dengan keadaan diri dia… dia rasa malu nak jumpa orang. Saya pun ada duduk berborak dengan dia beri semangat.

“Semua team produksi pun beri semangat, Alhamdulillah dia bangkit semula dan walaupun dia nampak lemah tapi tetap bersemangat.

“Yang saya harian, bila nak mula shooting, penyakit tu datang semula. Ustaz kata tiap kali nak muncul di TV, mesti benda itu datang,” ujarnya.

Mawi dan Kazim bersama team produksi masih berada di Ipoh, Perak sejak 10 hari lalu bagi menjalani penggambaran filem berkenaan sehingga minggu hadapan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.