Hiburan

“Sampai Nabila Razali pn tk knal..”- Kisah Renggo Arrow Tebar Roti Canai Tampung Keluarga

MENYINGKIRKAN vokalis kumpulan Arrow iaitu Renggo dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima yang bersiaran pada Ahad lalu, penyanyi Nabila Razali menerima teguran netizen.

Tampil menjawab dakwaan kononnya dia tidak mengenali penyanyi senior itu, Nabila berkata dia tertipu dengan identiti penyamaran yang dibawa oleh Renggo hingga tidak menyedari penyanyi itu merupakan salah seorang peserta.

“Takkan la saya tak kenal Abang Renggo, saya membesar dengan lagu-lagu dia, jadi siulan sejak kecil. Tapi kita kena faham konsep program ini, setiap peserta diberi kelainan karakter daripada watak realiti.

“Tugas panel juri pun nak kelirukan artis jemputan. Itulah yang best tentang program ini. Saya tak perasaan masa itu sebab Abang Renggo lain karakter, baju dan cermin mata hitam… pakai topi koboi, jalan pun tunduk sahaja.

“Malah semasa berehat untuk iklan, peserta tak dibenarkan bersuara atau berinteraksi dengan kami semua. Semua tunduk sahaja, tak boleh nak tengok muka betul-betul.

“Malam itu memang sukar nak buat pilihan… selepas habis program, saya terus jumpa Abang Renggo dan minta maaf! Dia gelak sahaja dan okay sangat, kami sempat bertukar nombor, mungkin boleh bekerjasama lagi lepas ni.

“Sebelum ini pun pernah sepentas. Jadi korang janganlah marah Bella ya… jangan risau, Bella kenal Abang Renggo!” katanya kepada mStar.

 

Renggo Arrow kahwin kali ketiga

Penyanyi Renggo Arrow, 52, mengesahkan sudah berkahwin buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan Hairoliza Hanafi, 44, pada 22 September tahun lalu di Masjid Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli berkata, dia mengenali Hairoliza yang berasal dari Kuching, Sarawak selama beberapa bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin.

“Kami hanya kenal melalui alam maya saja sebelum ini. Hairoliza yang juga peminat kumpulan Arrow sering bertanya khabar kesihatan saya yang kerap keluar masuk hospital kerana masalah jantung bengkak dan berair pada 1 April lalu.

Dia juga banyak beri sokongan moral sepanjang menghadapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu. Kami rajin bertukar-tukar pendapat. Selepas lima bulan berkenalan, kami terus ke fasa seterusnya di mana dalam masa sebulan itu saya cuba mengenali hati budinya lagi.

“Sepanjang perkenalan, tiba-tiba hati saya terdetik mungkin ini jodoh saya. Ada juga saya mengusik dia, kalau setuju nak nikah datanglah Kelantan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia tidak menyangka Hairoliza betul-betul datang dan serius mahu berkahwin dengannya. “Selepas itu, saya uruskan segala-galanya urusan perkahwinan dan kini kami sudah selamat bergelar suami isteri,” katanya.

Renggo sebelum ini pernah berkahwin dengan wanita Thailand dan dikurniakan dua anak, manakala perkahwinan keduanya dikurniakan lima anak.

Hairoliza pula belum pernah mendirikan rumah tangga disebabkan komitmen bekerja.

Renggo kini menguruskan kedai makan dan kini menetap di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh.

Dia tertarik dengan Hairoliza kerana mempunyai ciri-ciri yang diinginkan pada seorang wanita.

“Saya yakin dia jujur dan merendah diri orangnya. Saya memang suka dengan wanita sebegini. Isteri saya seorang yang kelakar dan ada nakalnya. Saya memang impikan isteri yang menghiburkan, bukannya yang senyap atau pendiam serta membosankan,” katanya.

Hairoliza pula mengakui dirinya peminat Arrow dan Renggo sejak sekian lama serta sudah lama cuba menjejaki Renggo di Facebook.

“Mungkin sudah jodoh, akhirnya saya berjaya menjejaki Facebook Renggo tahun ini,” katanya yang bekerja di Perbadanan Pembangunan Perumahan di Kuching.

Renggo yang pernah menyertai Kilauan Emas 4 pada 2014 dan mendapat tempat kedua pernah mengenali beberapa wanita lain, namun tiada jodoh untuk berkahwin.

Dia yang mendapat restu anak-anak berharap perkahwinan ini adalah kali terakhir buat dirinya dan kekal hingga ke akhir hayatnya.

Kedai Makan Santai Renggo Arrow kini beroperasi di Pasir Puteh, Kelantan. – Foto Astro AWANI

Selepas mengambil bahagian dalam program realiti Kilauan Emas 4 terbitan Astro tidak lama dahulu, Renggo mengambil keputusan membuka keda makan dan roti canai di Puchong, namun kini perniagan kedai makan di Puchong diserahkan kepada kawannya juga seorang artis dari kumpulan CRK untuk diteruskan.

Pilihannya bertapak di Sungai Petai dirasakan tepat, apatah lagi kehidupan di sini aman, tenang dan mempunyai ruang masa.

” Di Kelantan ini tanah dia sejuk, tak berapa bimbang dalam soal sosial anak anak, bahkan beliau menyasarkan untuk berada di kampung kerana bukan sasarannya untuk capai sesuatu yang luar kemampuannya” katanya.

TIDAK PERNAH PUTUS ASA

Namun, Renggo tidak menyangka jualan hasil air tangannya menebar roti canai lumayan bahkan roti canainya kini laris dijual sekitar 200-250 keping sehari.

“Tak sangka buka kedai si kawasan kampung, sambutan dia luar jangka, orang datang tak putus putus dari serata Kelantan, saya bermula seratus keping sekarang dan nak cecah 300 keping roti canai” tambahnya.

KARIER MUZIK TIDAK DIABAIKAN

Bercakap mengenai bidang nyanyian, Renggo berkata, kerja sebagai penyanyi tidak terhenti sebaliknya beliau meneruskan minatnya itu.

Baru-baru ini, Renggo telah melancarkan single album terbaharu berjudul Kekasih Syurgawi yang sudah mula berkumandang di saluran YouTube.

“Lagu ini saya buat khas untuk semua wanita, tidak kira kategori apa, janda ke, ibu ke, dara ke, lagu ini sudah mula mula bermainndi corong radio” katanya

Beliau turut menerima undangan menyanyi namun disebabkan PKP, undangan nyanyian jarang diterima.

 

 

KREDIT: ASTRO AWANI, MSTAR

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.