Hiburan

Genap usia setahun, Miera Leyana akhirnya berkongsi wajah puteri sulungnya kepada umum.

PETALING JAYA – Selepas genap usia setahun, pelakon Miera Leyana akhirnya buat pertama kali berkongsi wajah puteri sulungnya kepada umum.

Miera, 29, berkongsi foto istimewa tersebut sempena meraikan sambutan ulang tahun pertama anak perempuannya yang dilahirkan pada 16 Mei tahun lalu.

Malah pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut berkongsi nama penuh puteri sulungnya iaitu Rachel Aisyah, satu nama yang dipilih bersama suami, Rosland Othman.

“Hai permaisuri kecil, kamu bukan anak kecil yang biasa. Kamu dilahirkan dengan penuh rahmat daripada Allah.

“Saya tahu suatu hari nanti, kamu akan membuatkan kami berbangga. Kami menjadi orang yang pertama bertepuk tangan dengan segala pencapaianmu. Selamat ulang tahun kelahiran pertama Rachel Aisyah,” tulis Miera.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat berasa teruja kerana akhirnya dapat melihat wajah comel puteri kesayangan Miera itu selepas sekian lama menunggu mengharap perkongsian daripada pelakon tinggi lampai itu.

“Betul kan Miera baru tunjuk muka baby. Comel sangat. Mama pun sangat cantik,” puji seorang peminat.

Tidak ketinggalan, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa teruja dan mengucapkan selamat hari lahir buat Rachel.

 

Untuk info, Miera berkahwin dengan suaminya, Rosland yang merupakan seorang usahawan pada 26 Julai 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Sebelum ini, Miera berkata, dia lebih gemar dan memilih untuk tidak menayangkan serta menghebohkan perihal kelahiran cahaya matanya kepada umum.

Ketika itu, Miera menghormati permintaan suaminya untuk tidak menunjukkan wajah anak mereka sehingga berusia empat bulan. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.