Hiburan

Tak mahu ‘free hair’, Normah Damanhuri pilih pakai rambut palsu… Malu bawa watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

TAMPIL dengan imej memakai rambut palsu dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia, pelakon Normah Damanhuri sudah bersedia dengan apa saja pandangan penonton.

Menurut pelakon berusia 68 tahun ini, dia sendiri yang memaklumkan kepada pengarah filem tersebut iaitu Hyrul Anuar untuk menggayakan imej sedemikian.

“Imej saya dalam filem itu memang saya sendiri yang cakap dekat Hyrul nak pakai wig (rambut palsu). Tak ada la sampai nak free hair.

 

Normah bersedia dengan kritikan.

“Sebab saya rasa pakai wig masih okay lagi… itu saja limit yang saya boleh berikan. Tak apa la, orang nak cakap apa, cakap la… biarlah,” katanya kepada mStar.

Normah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.

Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu turut menampilkan Khatijah Tan, Raja Azura dan Norman Hakim.

Kalau berlakon drama, kita penat bermain perasaan dan perap jiwa.

NORMAH DAMANHURI

PELAKON

Sementara itu, Normah mengakui mendapat kepuasan dalam lakonan menerusi filem tersebut biarpun penat seharian menjalani penggambaran.

“Penat sangat sebab penggambaran dari pagi sampai ke pagi selama beberapa hari juga. Kalau berlakon drama, kita penat bermain perasaan dan perap jiwa.

“Tapi yang filem ini penat dengan tenaga sekali. Watak saya pun sangat memenatkan. Tapi sangat seronok. Bagi saya, ada rasa nikmat dan kepuasan,” ujarnya.

 

Penampilan berbeza Khatijah, Raja Azura dan Normah.

Berkongsi lagi mengenai wataknya sebagai r0hayu, Normah memberitahu pada mulanya dia berasa segan untuk melakonkan aks1 manja biarpun karakter sebenarnya lebih kurang sama.

“Bagi saya, benda (aks1 manja) itu untuk tayangan… jadi kita ada la rasa malu dan rasa macam ‘okay ke ini, boleh ke ini’. Ada la rasa macam itu.

“Tapi saya memang dibantu oleh mereka. Memang la gedik sikit-sikit itu ada, ikutkan watak saya memang begitu, manja sikit-sikit tu ada.

“Cuma mereka bantu lagi, Insya-Allah menjadi la (watak),” ujarnya.

 

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.