Viral

Ibu sering tanya soalan pelik, selepas j4tuh sak1t baru anak faham apa maksudnya… terus resign walau baru nak bina kerjaya

SIAPA sangka gurauan seorang ibu menjadi nyata.

Begitulah yang dialami Muhammad Afiq Aiman Abu Samah apabila persoalan ibunya sebelum ini, bertukar menjadi satu ‘permintaan’.

Bercerita kepada mStar, anak muda berusia 23 tahun ini memberitahu, ibu pada awalnya bertanya sama ada dia sanggup berhenti kerja atau tidak kerana usianya masih muda.

Semasa diajukan soalan itu, dia mengakui berasa sedikit pelik dengan sikap ibunya, malahan wanita berusia 56 tahun itu sering menyebut perkataan ‘sakit’.

“Disebabkan itu, saya bertanya kembali kenapa mak tanya begitu… dan dia terus cakap ‘adik kalau esok lusa mak sakit, kamu sanggup berhenti kerja? Lagipun masih muda, mesti banyak nak pakai duit beli macam-macam… tapi mak tak ada anak perempuan yang boleh jaga’.

“Kata-kata mak sangat menyentuh hati saya dan disebabkan itu saya tekad untuk melepaskan kerja yang hampir dua tahun dilakukan.

“Pada masa sama, saya pun tak boleh fokus pada kerja selepas mak disahkan hidap strok sebelah kiri tubuh pada November 2021. Mak juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi,” luahnya yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik.

 

Afiq baru berusia 23 tahun.

Susulan itu, notis berhenti kerja dalam tempoh dua minggu diserahkan kepada pengurus bahagian syarikat tempat dia bekerja.

Masih terngiang-ngiang kata-kata ibu, ujarnya yang mesra dipanggil Afiq, dia yakin setiap yang berlaku adalah ujian untuk dirinya sekeluarga.

Menganggapnya sebagai peluang untuk berbakti, dia reda apabila usia mudanya diabdikan untuk menjaga ibu dan keluarga.

Gambar kenangan bersama ibu, ayah dan anak saudaranya pada 2018.

“Tidak semua berpeluang menjaga mak atau ayah… tapi saya dapat, jadi memang bersyukur sangat dan impian mak untuk saya memahami erti berdikari dan tanggungjawab tercapai.

“Pada masa ini, saya diibaratkan sebagai ketua keluarga kerana perlu menjaga mak yang sedang sakit, ayah dan dua abang OKU (orang kurang upaya) kategori mental.

“Ayah pula akan akan memasak untuk kami sekeluarga makan,” katanya.

Duit pencen ayah dalam RM500. Cukup untuk beli susu dan lampin mak… keperluan rumah pula daripada sumbangan orang yang datang.

MUHAMMAD AFIQ AIMAN

Menurut anak jati Seremban, Negeri Sembilan itu lagi, selepas berhenti kerja, perbelanjaan seluruh isi rumah menggunakan wang pencen bapanya.

“Duit pencen ayah dalam RM500, cukup untuk beli susu dan lampin mak… keperluan rumah pula daripada sumbangan orang yang datang.

“Oleh itu, saya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada baitulmal dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) supaya dapat meringankan beban ayah yang kini bekerja sebagai tukang kebun walaupun sudah berusia 64 tahun.

Keadaan ibunya sebelum strok sebelah badan pada November 2021.

“Abang yang bekerja di Singapura pun ada kirim duit untuk tampung perbelanjaan rumah. Lagipun abang-abang memang mengamanahkan saya untuk menjaga keluarga,” jelasnya yang belum mendirikan rumah tangga.

Afiq mengharapkan ibunya dapat pulih dan kembali seperti sedia kala supaya dia dapat kembali bekerja dan membantu keluarga.

Video yang dikongsikan itu kemudian tular di media sosial.

Rata-rata netizen turut memberi semangat kepadanya kerana sanggup berbakti kepada orang tua.

 

Amanah digalas walaupun masih muda.

“Rezeki jaga mak lagi banyak tanpa kita sedar.

“Kita yang jaga mak ayah ni adalah insan terpilih. Macam saya sudah lima tahun tidak bekerja, tapi Alhamdulillah rezeki tetap ada.

“Alhamdulillah berbakti kepada mak, lagi murah rezeki Allah beri. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Kalau diberi peluang, saya ingin putar waktu jaga arwah mak. Rindu yang tiada berpenghujung,” ujar beberapa netizen

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.