Hiburan

Gara-Gara Tak Pakai Baju Melayu & Kurung Masa Raya Aidilfitri, The Family UK Dilabel Murt4d

Siapa tak kenal dengan keluarga ‘The Family UK’ yang pernah viral suatu ketika dahulu. Fatimah pernah menjadi tumpuan beberapa kali gara-gara gelagatnya petah bertutur dialek Kelantan dan bahasa Inggeris bersama adik lelakinya, Ali.

Dibul1 sesama Islam

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram (IG), @thefamily.uk meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen yang mempertikaikan penampilan Fatimah dan Ali ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut pengelola akaun @thefamily.uk, anak-anaknya dilabel Murt4d hanya kerana mereka tidak memakai baju melayu dan baju kurung pada hari perayaan tersebut.

Anak-anak kami dari kecil sampai besar tak pernah kena bul1 dengan orang-orang tempatan di sini (London). Alhamdulillah. Mereka bukan Islam tapi cukup tinggi akhlak mereka. Mereka sentiasa belajar untuk memahami dan menghormati kami sebagai orang Islam. Baik dalam bab solat, puasa, pakaian, makanan dan hal-hal lain. Tapi kita yang sesama Islam membul1 sampai tahap melabel kami sebagai Murt4d hanya kerana anak-anak kami tak pakai baju melayu dan baju kurung di hari raya. Sedih..

Belajar hormat budaya orang lain

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, beliau menegaskan Hari Raya Aidilfitri bukan khas untuk bangsa Melayu di Malaysia sahaja tetapi adalah perayaan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Islam ada di serata dunia, bukan Malaysia sahaja. Jadi semua umat Islam di mana-mana negara dalam dunia ini semua pakai pakaian tradisional masing-masing, bukan baju tradisional Melayu sahaja. Enough is enough. Tolong cuba belajar menerima dan menghormati budaya orang lain. Semoga Allah lindungi kita semua dari sifat membuli dan jahil.

Sumber: Instagram @thefamily.uk

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.