Hiburan

“Faham Tak Aku Suka Kau, Apa Yang Benak Ubi Sangat,” – Peminat Wanita Fimie Don Nekad Luah Perasaan, Ini Reaksi Balas Tuan Badan

Pelakon, Fimie Don mendedahkan telah menerima direct message (DM) daripada seorang peminat wanita yang meluahkan hasrat hatinya.

Menurut gadis berkenaan, dia berhajat untuk menjadikan Fimie sebagai teman hidup dan dia juga lama menyimpan perasaan tersebut.

Tangkap layar itu dikongsikan bintang drama Keluarga Untuk Disewa itu di hantaran terkininya di Instagram.

 

“Macam ni lah mat, benda simple je mat. Kalau kau rasa tak nak jadi jodoh aku, kau jadi suami aku.

“Tapi kalau kau rasa tak nak jadi suami aku, kau jadi imam aku. Kalau kau tak nak jadi imam aku, kau jadi ayah kepada anak-anak aku.

“Ni last la mat. Kalau kau rasa tak nak jadi ayah kepada anak-anak aku, kau senang je, kau jadi bakal menantu mak aku dah.

“Kau faham tak mat aku suka kau. Apa yang kau benak ubi sangat ni. Dah seratus kali aku cakap dengan kau ni,” tulisnya wanita tersebut.

 

 

 

Menerusi ruangan kapsyen, Fimie memberikan respon balasnya terhadap luahan hati gadis berkenaan.

Jelas Fimie, selepas membaca DM tersebut, dia berterima kasih kepada wanita tersebut kerana telah membuatkan dirinya berasa sangat istimewa.

“Macam ni lah mat, ini first time orang panggil aku benak ubi, dan berjaya buat aku rasa special.

“Kepada siapa sahaja yang dm aku tu mat, you have made my day,” tulisnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut memuji usaha gadis berkenaan yang disifatkan sangat jujur dan iklas.

“Mat, kau tak nampak ke effort dia.

“Hahaha comel betul.

“Hahaha reading this really made my day.

“Makin besar makin handsome.

“Benak ubi pun benak la asalkan sweet,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Dalam perkembangan lain, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, bakal muncul menerusi drama terbarunya yang berjudul Melur Untuk Firdaus yang akan ditayangkan di slot Lestari, TV3.

Selain Fimie, drama tersebut turut akan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Meerqeen, Anna Jobling, Nisa Idrus dan ramai lagi.

Kredit Foto: Instagram Fimie Don

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.