Hiburan

Ramai ‘c0mplain’ tiket konsert mahal, Aina Abdul ada sebab letak harga… Yakin penonton terkejvt tengok fesyen malam itu

SELEPAS membawa pulang beberapa trofi dalam Anugerah Juara Lagu, nama penyanyi Aina Abdul dilihat semakin kukuh dalam industri muzik tanah air.

Namun di sebalik kejayaan itu, timbul pula cakap-cakap mendakwa kononnya Aina kini mula demand mengenai soal bayaran termasuklah harga tiket konsertnya yang akan berlangsung bulan depan.

 

Menjawab mengenai perkara itu, Aina berkata dia meletakkan harga itu bukanlah disebabkan populariti yang diraih.

Sebaliknya memikirkan tentang nasib staf dan kru yang berkerja di bawah Aina Abdul Entertainment.

“Bukan sebab saya dah lama dalam industri saya letak harga yang tinggi. Saya masih sama.

 

“Cuma bezanya sekarang ni saya ada ramai staf untuk bekerjasama dan bekerja. Mereka memerlukan duit. Itulah kenyatannya.

“Bukan la up tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata. Bila kita letak harga sedemikian kita kena beri lebih dalam semua aspek,” katanya kepada mStar.

 

 

Terdahulu, berkongsi lanjut mengenai konsert itu, Aina berkata persembahannya bakal diiringi barisan pemuzik profesional.

 

“Komposer dan penerbit muzik tersohor, Mac Chew dan Jenny Chin bakal memimpin konsert saya di samping nama-nama besar lain seperti Jamie Wilson, Wan Gigi, Andy Peterson, John Thomas, Pa’ang, Jae Sern dan ramai lagi.

“Saya juga bakal membuat persembahan dengan 15 strings, lima horn section dan 7 pieces band serta sistem audio terbaik. Busana, solekan, penata gaya, rekaan pentas, LED. Semuanya saya berikan yang terbaik.

“Biarpun berhadapan dengan cabaran seperti prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial di konsert yang hanya boleh memuatkan 75 peratus kapasiti penonton sahaja serta masih belum dapat bertemu dengan mana-mana penaja, saya ambil risiko besar untuk merealisasikan cita-cita ini,” katanya.

Sumber: mStar/ HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.