Hiburan

“Rimas betul tutup-tutup muka anak” – Kak KM rimas artis suka sorok wajah anak baru lahir, tak perlu takut kena s4ntau kalau niat baik

USAHAWAN sensasi Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bayi yang baru dilahirkan itu adalah satu anugerah Allah dan berkongsi wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur.

“Saya rasa rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja.

“Jika tempoh hamil boleh share perkembangan diri kenapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberian-Nya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini meluahkan rasa rimas pada salah satu posting di Instagram milik mStar apabila segelintir selebriti menutup wajah anak mereka daripada tatapan umum.

“Rimas betul tutup-tutup muka anak” tulisnya pada posting berita mengenai pelakon Mira Filzah.

Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja

KAK KM

USAHAWAN

Baginya, ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsi wajah anak kerana orang ramai juga boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi yang baru lahir itu.

“Saya dah lihat ramai yang tidak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena s4ntau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu jika kita tidak buat salah?

Kak KM bersama suami dan anak-anak.

“Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja,” jelasnya.

Sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, Kak KM tidak ada masalah untuk memuat naik gambar anak-anaknya termasuk ketika mereka melakukan akviti harian.

Kak KM dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, Rania Razman, 12 dan Cinta Carissa, lima bulan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.