Hiburan

“Hari-Hari Orang Tanya, Saya Sendiri Pun Tak Tahu Nak Jawab Apa,” – Meniti Usia 53 Tahun, Ini Perkongsian Datin Seri Maria Farida

“Hari-hari orang tanya sampai saya sendiri tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya.” Demikian kata model dan pelakon, Datin Seri Maria Farida apabila berdepan dengan netizen yang sering bertanya mengenai rahsia awet mudanya.

Menurut Maria,53, dia akui tiada merujuk sebarang penjagaan khusus, sebaliknya memilih untuk jalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan.

“Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat. Cuma saya rasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-aging dan sebagainya.

“Cuma mungkin sebab saya juga tidak merokok. Cuba jaga kesihatan dan selalu jadi seorang yang positif.

“Mungkin saya ‘dapat’ (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar,” katanya.

Ditanya mengenai harapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang disambut Mac lalu, Maria berharap semoga dia sekeluarga dilimpahkan rahmat dariNya.

“Saya hanya mendoakan diri saya sihat sentiasa, tiada apa-apa penyakit yang kr0nik. Saya harap ahli keluarga saya juga terhindar dari sebarang musibah termasuk C0v1d-19 dan semoga semuanya menjadi lebih baik, insya-Allah,” katanya.

Menyambut kedatangan 1 Syawal di ibu kota, Maria seperti biasa meraikan lebaran dengan apa adanya, mengenangkan situasi semasa ketika ini.

“Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, v1rus C0v1d-19 masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.

“Masih lagi rasa takut-takut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (C0v1d-19). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.

“Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada virus berkenaan,” katanya lagi.

Sumber:MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.