Hiburan

“Jual air kosong pun ada orang beli” – Ditvduh air balang mudah laku sebab dah ada nama, sekali Syahmi Sazli bersuara

Sebelum ini perkongsian bintang YouTube terkenal Syahmi Sazli tentang jualan air dalam balang di hadapan pejabat baharunya di Kubang Kerian, Kelantan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian pada 25 April lalu, Syahmi memohon maaf kerana ramai yang tidak dapat membeli air jualannya.

Baru-baru ini, bintang Youtuber terkenal ini juga turut sama sekali berdepan dengan kec4man demi kec4man daripada wargamaya berikutan dengan status yang dipegangnya sebagai seseorang yang dikenali ramai.

Namun Syahmi Sazli tampil berhadapan dengan segala kata-kata neg4tif yang dilontarkan buat dirinya dengan tenang di laman akaun Facebook.

” Alhamdulillah, selama 3 minggu dlm bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.

 

Mi taknak cerita mcm mana resepi air yg Mi jual tu. Yg tu boleh tengok live yg Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetus.

1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

– Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jgk sbb alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sbb “kesian dekat Youtuber baru, takde org nak tgk”. Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yg nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..

3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.

 

– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara mcm mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

Cara diampunkan dosa dengan berzikir

i. Zikir 1: Zikir selepas solat.

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

ii. Zikir 2

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

– Selain tu banyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).

Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu Semoga bermanfaat..

Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru ” Luah Syahmi Sazli di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 23k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat buat Syahmi Sazli.

 

 

Komen netizen:

Sumber: Gempak/ fb Syahmi Sazli Production

kredit: burmeseasia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button