Viral

Lelaki lanjut usia beria ‘set up’ meja, pesan 8 set makanan tapi makan seorang… Netizen sy4k ahli keluarga ‘hil4ng’ serentak

KELIBAT seorang lelaki yang duduk sendirian di sebuah kedai mamak mencuri perhatian beberapa pelanggan lain.

Sesekali lelaki lanjut usia itu dilihat menyusun gelas air, pinggan serta memperbetulkan kedudukan kerusi seperti sedang bersedia menunggu kehadiran beberapa lagi tetamu.

Kelihatan terdapat lapan set makanan dan minuman terhidang di meja bersama lelaki berkenaan.

“Aku dan famili lepak mapley (kedai mamak) malam tadi. Agak lambat juga la dalam pukul 10.30 malam. Baru habis shopping barang dan buku sekolah budak-budak.

“Masa tengah tunggu makanan sampai, nampaklah uncle ni susun-susun pinggan, air dan kerusi macam tengah sediakan hidangan makanan.

Kejadian berlaku di sebuah kedai mamak. (Gambar hiasan)

“Masa tu tak fikir apa pun. Lama-lama rasa pelik pula apabila tengok habis dia susun teratur dan tertib sampaikan kerusi pun ikut line. Berkali-kali dia betulkan pinggan macam orang ada OCD (obsessive compulsive disorder). Perfect!,” ujarnya.

Cerita tentang lelaki berkenaan dikongsikan seorang pengguna media sosial dan disiarkan semula di Facebook stesen radio Zayan baru-baru ini.

Setelah sekian lama memerhatikan gelagat lelaki berkenaan, individu tersebut bertambah hairan apabila tiada siapa tiba tiba untuk makan bersamanya.

Mungkin di situ tempat terakhir mereka berkumpul sebelum terjadi apa-apa… kita tak tahu, doa yang baik-baik saja.

NETIZEN

“Makanan kami dah sampai tapi uncle ni masih seorang diri. Aku dah mula terfikir mana kawan-kawan dan staff dia. Mungkin tengah cari lokasi kedai tapi tak jumpa. Masa tengah makan aku beritahu isteri fasal ni… rupanya dia dah perasan juga sejak tadi.

“Orang sekeliling dah mula jeling-jeling berkerut dahi. Aku syak ‘sesuatu’ sangat uncle ni. Dia sediakan lapan hidangan dan lapan gelas air,” ceritanya lagi.

Tidak senang dengan apa yang disaksikannya, individu tersebut cuba merisik kepada pekerja restoran tentang perihal pelanggan lelaki berkenaan.

Kelihatan lelaki berkenaan makan sendirian.

“Pekerja tu beritahu dia (uncle) tu memang macam tu. Dia order untuk lapan orang siap hidang dan susun elok-elok sebab tengah makan dengan famili dia. Tapi pekerja tu tak tahu keluarga dia masih ada lagi atau tidak (hidup atau m4t1). Masa ni, isteri aku dah menangis tengok uncle tu. Anak-anak aku pun sedih dah.

Uncle tu makan dia punya portion sambil cakap-cakap dengan kerusi yang kosong tu. Aku dah seb4k sebab tengok reaksi uncle tu. Lepas tu dia makan hidangan ‘orang sebelah’ pula,” ujarnya lagi.

Menurut pekerja itu lagi, lelaki berkenaan mengunjungi restoran ini sekitar dua hingga tiga kali setiap minggu dan melakukan perkara sama.

Malah, lelaki itu akan membayar semua makanan yang dipesannya, walaupun sebahagian besarnya masih belum disentuh.

Uncle ni wire shot (tidak waras)? Aku tak rasa dia macam tu. Elok je baju dia, pakai mask (pelitup muka), bayar makanan dia, susun kemas meja elok-elok.

Perkongsian individu berkenaan di Facebook.

“Kita tak tahu sejarah apa yg dia dah tempuh selama nih,” kata lelaki tersebut menutupi posting di Facebook dengan spekulasinya sendiri.

Perkongsian itu sehingga kini dikongsi lebih seribu pengguna lain dengan ratusan komen yang rata-ratanya bersimpati dengan lelaki lanjut usia berkenaan.

Telahan mereka, kemungkinan lelaki berkenaan berdepan detik sukar dalam hidup membabitkan lapan individu seperti jumlah kerusi yang diaturnya di restoran mamak itu.

“Dia rindu la tu. Rindu pada yang tiada itu lebih menyakitkan. Mungkin di situ tempat terakhir mereka berkumpul sebelum terjadi apa-apa. Kita tak tahu, doa yang baik-baik saja.

“Mungkin dia hilang famili hampir serentak. Terlalu rindu… hanya Allah yang tahu.

“Doakan yang baik-baik moga di hujung usia dia temui ketenangan dan reda dengan apa sahaja ketentuan Ilahi,” demikian kata beberapa netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button