Hiburan

“Saya tidak mahu a1bkan keluarga di sebelah sana” – Mak Wan Latah reda perkahwinan hanya bertahan 3 bulan.

IKATAN perkahwinan cuma bertahan selama tiga bulan, pelakon veteran Mak Wan Latah berkata dia reda dengan segala ketentuan yang telah berlaku.

Enggan mengulas lanjut punca perpisahan itu, Mak Wan atau nama sebenrnyaa Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, berkata dia tidak mahu membuka a1b mana-mana pihak dan menerima takdir yang sudah tertulis ini.

“Saya tidak mahu menjawab kerana tak nak a1bkan sesiapa. Saya tidak mahu a1bkan keluarga di sebelah sana (bekas suami).

“Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan tentukan segalanya,” katanya.

Mak Wan berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook pada malam Khamis.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini

MAK WAN

PELAKON

Ikatan perkahwinan akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April.

Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Mak bersama keluarga bekas suami ketika majlis persandingan pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Mak Wan juga berharap supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan f1tnah dengan bercerita perkara tidak benar berhubung penceraiannya itu.

“Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini.

“Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button