Hiburan

“Alhamdulillah Rezeki Allah,” – Masuk 2 Bulan Kahwin,Usop Maklum Isteri Sah Hamil Anak Sulung

Penyanyi, Usop telah menerima satu kejutan istimewa daripada isteri tercinta, Nur Fatihah Md Hashim yang kini disahkan hamil anak pertama.

4 Febuari lalu Usop selamat diijabkabul dengan gadis pilihannya Nur Fatihah. Walaupun ramai yang mengatakan perkahwinannya terlalu muda namun dia berharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkongsi momen ketika menerima kejutan istimewa itu di Instagram.

 

Di samping mengukir senyuman kegembiraan, penyanyi berusia 24 tahun ini menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

“Alhamdulilah rezeki allah…I love u sayangku #usopjunior,” tulisnya ringkas.

VIDEO:

@usop_97 Alhamdulilah rezeki allah….i love u sayangku?❤️❤️?? #usopjunior #fyp original sound – Usop

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi lagu Selamanya itu.

 

“Happynya tahniah adikku,” titip rakan penyanyi, Shiha Zikir.

“Syukur Alhamdulillah Tahniah @usopofficial & isteri..bakal jadi mama & papa..moga anak yg bakal lahir jadi anak yg soleh. AMINNN..,” tulis rakan selebriti, Serina Redzuawan.

“Jaga isteri tu elok² tau.. Peringkat awall lagi tu, semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah.. Congrats usop n wife !,” titip seorang peminat.

Imbas kembali, Usop telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button